AP usul garis kemiskinan, cukai harta pada hari pertama Dewan bahas Amanat Presiden
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Memperkenalkan garis kemiskinan rasmi, cukai harta dan bentuk sokongan lain bagi para pekerja di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi yang serba tidak menentu adalah antara topik-topik yang dibangkitkan pada hari pertama Dewan membahaskan Amanat Presiden.
Seramai 14 Anggota Parlimen (AP) menyampaikan ucapan semasa Dewan bersidang selama sekitar lima jam pada Isnin (17 Apr).
Dalam ucapannya di Parlimen pada minggu lalu, Presiden Halimah Yacob menegaskan bahawa Singapura mesti memastikan meritokrasi yang lebih luas dan terbuka agar ia memanfaatkan seluruh rakyat Singapura.

Meskipun meritokrasi sudah membuka peluang, masyarakat lebih cenderung terbahagi kepada beberapa golongan dan kurang bergaul dalam jangka panjang. Ini bermakna Singapura perlu memikirkan semula pendekatannya terhadap pendidikan dan pekerjaan, kata Puan Halimah semasa beliau menggariskan keutamaan utama baki penggal Parlimen ke-14.
Menurut Puan Halimah, Singapura mesti menilai semula bagaimana masyarakat memberi ganjaran kepada kemahiran serta bakat yang berbeza dan mengiktiraf dengan memberi nilai yang lebih tinggi kepada mereka yang berkemahiran, serta mereka yang mempunyai ciri-ciri sosial dan empati untuk mencapai kecemerlangan dalam pekerjaan seperti khidmat penjagaan dan khidmat masyarakat.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata konsep meritokrasi Singapura masih terlalu sempit dan memerlukan satu anjakan minda terhadap sekolah dan gred.

LEBIH BANYAK CUKAI TERHADAP HARTA
Memandangkan pemindahan harta antara generasi mungkin menimbulkan ketidaksamaan dalam akses kepada peluang, Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Raj Joshua Thomas mencadangkan "cukai harta pusaka terhad" bagi hartanah yang diwarisi dan meletakkan nilai S$5 juta dan lebih.
"Peratusan daripada cukai tersebut sepatutnya lebih tinggi, jika lagi mahal hartanah yang diwarisi itu," kata NMP tersebut, sambil menambah bahawa "pengecualian yang sesuai" boleh dibuat, misalnya bagi penerima bantuan dengan keperluan khas.
Buat masa ini, seseorang itu tidak perlu membayar cukai untuk mewarisi sesebuah hartanah kediaman di Singapura.
MENETAPKAN GARIS KEMISKINAN
AP Jamus Lim (WP-Sengkang) menggesa agar garis kemiskinan rasmi ditetapkan di Singapura, sambil menambah bahawa ketiadaan (garis kemiskinan sedemikian) adalah sesuatu yang "membingungkan dan menjengkelkan".
"Menyasarkan golongan miskin adalah sesuatu yang tidak masuk akal, atau sekurang-kurangnya tidak sempurna, tanpa sebarang tanda aras rasmi yang telus," katanya.
Profesor Madya Lim juga mengusulkan penubuhan sebuah jawatankuasa, yang terdiri daripada para wakil daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), masyarakat awam dan ahli akademik, untuk menetapkan garis kemiskinan yang sesuai di Singapura.
Beliau berpendapat nilai ambang bagi bantuan pemerintah, terutama sekali ComCare, seharusnya ditambat dengan nilai tersebut. Buat masa ini, terdapat pelbagai nilai ambang bagi pelbagai skim, yang disifatkan oleh Profesor Madya Lim sebagai "mengelirukan".
PERUBAHAN PADA SISTEM PENDIDIKAN
Dari segi sistem pendidikan, AP Gerald Giam (WP-Aljunied) menyentuh tentang kesan negatif peperiksaan dan bagaimana ia kekal sebagai ciri utama sistem tersebut, meskipun perubahan telah dilaksanakan seperti Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh (SBB).
"Meskipun Pengumpulan Berdasarkan Subjek terlalu tegar berbanding 'streaming', ia masih berdasarkan prinsip yang sama: Seorang pelajar perlu memenuhi skor ujian tertentu untuk mempelajari subjek yang diminati," katanya.
KETIDAKTENTUAN EKONOMI DAN PEKERJAAN
Beberapa AP buruh juga menyentuh tentang sokongan kewangan kepada para pekerja, seperti memperkenalkan bantuan kepada mereka yang diberhentikan kerja atau dipaksa meninggalkan pekerjaan mereka.
Ia boleh "dikaitkan dengan latihan serta carian pekerjaan untuk memelihara etos pekerjaan dalam tenaga kerja, jelas Encik Choo, Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).
Perbahasan mengenai Amanat Presiden akan disambung semula pada Selasa (18 Apr).

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.