AP Tin Pei Ling sertai MetaComp, tinggalkan DCS Card Center selepas 9 bulan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Selepas kira-kira sembilan bulan di DCS Card Centre, Anggota Parlimen (AP) Tin Pei Ling menyertai syarikat teknologi kewangan MetaComp sebagai naib presidennya pada Isnin (24 Jun).
Portfolio Cik Tin akan menumpukan kepada kerjasama strategik dan pembangunan korporat, dedah MetaComp dan syarikat induknya MVGX Holdings dalam satu kenyataan media pada Selasa (25 Jun).
MetaComp adalah syarikat yang menawarkan khidmat pembahayaran token digital dan pindahan wang rentas sempadan, manalaka MVGXH adalah sebuah kumpulan syarikat teknologi kewangan Singapura dengan empat subsidiari yang tertumpu kepada sektor digital dan mesra alam.
Dalam satu catatan di LinkedIn pada Isnin, Cik Tin berkata: "Kemampanan, yang kini menjadi keperluan penting sejagat, peluang menarik ini membolehkan saya meluaskan kerja saya dalam fintech mesra alam."
Pengerusi MetaComp dan pengasas bersama Bo Bai berkata pengalaman dan kemahiran Cik Tin yang luas dalam pembangunan strategik akan menjadikan beliau "aset berharga" kepada syarikat itu.
Tanggungjawab baharu Cik Tin di MetaComp diberikan selepas kurang daripada sembilan bulan selepas AP Macpherson itu menyertai DCS Card Center, yang dikenali sebagai Diners Club Singapore sebelum ini. Beliau memimpin pembangunan persembahan strategik dan pembangunan syarikat di syarikat tersebut.
Sebelum digajkan oleh DCS Card Centre pada Oktober 2023, beliau bekerja di syarikat khidmat kereta privet Grab, yang mencetuskan pelbagai persoalan daripada masyarakat awam persoalan tentang sebarang konflik kepentingan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.