Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP Tin Pei Ling mula tugas sebagai ketua ehwal dan dasar awam Grab Singapore

Anggaran Waktu Membaca:
AP Tin Pei Ling mula tugas sebagai ketua ehwal dan dasar awam Grab Singapore

(Gambar: Grab Singapore, Facebook/Tin Pei Ling)


SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) Tin Pei Ling dilantik sebagai Pengarah Ehwal dan Dasar Awam di Grab Singapore.

Gergasi teknologi itu mengesahkan pelantikannya dalam satu kenyataan pada Rabu (1 Feb).

Seorang jurucakap Grab berkata Cik Tin mempunyai pemahaman mendalam tentang ekonomi digital dan dasar negara bijak, selain hubungan rapat dengan masyarakat tempatan.

Jurucakap itu menambah Cik Tin akan membina kerjasama dan membangunkan program untuk memanfaatkan potensi teknologi bagi memberi kesan positif kepada Singapura.

Cik Tin yang mula menjalankan peranannya pada Januari, menghadiri jamuan tengah hari sempena Tahun Baru Cina anjuran Grab bagi memberi penghargaan kepada rakan pemandu dam penghantaran pada Rabu dalam jawatan barunya itu.

Cik Tin dipilih sebagai Anggota Parlimen pada 2011 di bawah Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan kini merupakan AP bagi SMC MacPherson.

Beliau juga pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Perhubungan dan Penerangan, serta anggota GPC bagi Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.

Beliau dikenali kerana memperjuangkan isu-isu berkaitan warga emas, belia, wanita dan ekonomi digital.
 
Sumber : CNA/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan