AP suarakan keprihatinan bagaimana rizab fiskal SG diurus
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Try Sutrisno Foo/CNA)
SINGAPURA: Walaupun ada jaminan daripada Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong, para anggota parlimen (AP) masih prihatin mengenai bagaimana rizab fiskal Singapura diuruskan.
Ini selain portfolio Temasek, GIC dan bank pusat negara.
Tiga belas AP bangkit untuk bertanyakan soalan-soalan lanjut kepada DPM Wong berhubung peranan pemerintah dalam memastikan kebertanggungjawaban entiti-entiti pelaburan itu.
"Walaupun mata wang kripto gagal, prasarana digital berasaskan blok rantaian mungkin masih berguna dalam aspek-aspek lain. Boleh saya tanyakan, bagi entiti-entiti pelaburan ini, sama ada ia sedang dan akan terus melabur dalam syarikat-syarikat sedemikian. Dan jika ya, bagaimana prestasi pelaburannya setakat ini?," tanya Anggota Parlimen MacPherson, Tin Pei Ling.
"Pendedahan kepada syarikat-syarikat peringkat awal akan melibatkan pelaburan dalam aset-aset digital. Tapi ia akan dipelbagaikan kepada sektor berbeza-beza yang luas. Jadi jika anda bercakap tentang bimbang mengenai kejatuhan lebih luas, saya rasa ia akan umumnya terkawal.
"Beberapa bulan lalu, begitu banyak minat. Malah dalam dewan parlimen ini juga, para AP mencadangkan supaya Penguasa Kewangan Singapura (MAS) bergerak lebih pantas lagi. MAS dikritik kerana bergerak terlalu perlahan. Jadi, keghairahan itu saya rasa sudah terbukti sebagai terlalu optimis," jawab DPM Wong.
"Di bawah peraturan dan pengawalan sekarang, adakah Temasek, GIC dan MAS bebas untuk melabur dalam apa-apa yang ia inginkan selagi lembaga dan pasukan pengurusan masing-masing meluluskannya, dan ia tertakluk kepada paras risiko yang boleh diterima?," tanya Anggota Parlimen, GRC Aljunied, Gerald Giam.
"Kami sudah adakan proses dan sistem pentadbiran yang sangat kukuh, di mana pemerintah adalah pemegang sahamnya. Kami tidak mengurus secara mikro, kami tidak memutuskan pelaburannya, kami tidak menetapkan aset atau kelas asetnya. Tapi kami ada peranan dalam melantik anggota lembaganya, pengurusan kanan dan kami pertanggungjawabkan mereka untuk mencapai prestasi baik jangka panjang," jelas DPM Wong.
"Perbincangan bagaimana dilakukan pemerintah jika ia memantau risiko-risiko ini, kepelbagaiannya dan berasa ia menyimpang?" tanya Anggota Parlimen, GRC Aljunied, Leon Perera.
"Kami melakukan ujian-ujian tekanan yang lasak bagi memastikan bahawa portfolio keseluruhannya, walaupun mengalami tekanan, tidak mengalami kerugian besar melewati paras yang kami anggap terlalu banyak.
"Jadi kami pantau dan jika ujian tekanan benar-benar membuktikan ada terlalu banyak risiko diambil, atau ada tumpuan aset-aset tertentu yang membawa kepada kelemahan, kami akan kemudian memberi maklum balas kepada entiti-entiti itu. Ia kemudian ada budi bicara untuk mengambil tindakan-tindakan yang perlu untuk membuat ubah suai," jawab Encik Lawrence Wong.

Sumber : CNA/DY/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.