Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP Saktiandi gesa penyelarasan lebih baik antara bank dengan polis berhubung aduan penipuan

Anggaran Waktu Membaca:
AP Saktiandi gesa penyelarasan lebih baik antara bank dengan polis berhubung aduan penipuan

Encik Saktiandi Supaat di Parlimen pada 31 Ogos 2020.

Diterbitkan : 05 Oct 2022 05:09PM Dikemas Kini : 05 Oct 2022 09:36PM
SINGAPURA: Seorang penduduk Bishan-Toa Payoh sedang berhubung dengan seorang penipu di telefon apabila beliau bertindak menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan.

Namun beliau dimaklumkan oleh pihak polis bahawa ia bukan nombor yang betul untuk dihubungi.

Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Bishan-Toa Payoh Saktiandi Supaat berkongsi insiden tersebut di parlimen pada Rabu (5 Okt), sambil berkata sebilangan penduduk lain juga berkongsi pengalaman serupa.

Encik Saktiandi juga bertanya jika penyelarasan lebih baik antara pihak bank, polis dengan Jawatankuasa Antara Kementerian berhubung Penipuan (IMCS) dapat diwujudkan bagi memudahkan para mangsa penipuan mendapatkan bantuan.

Dalam responsnya, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan berkata orang ramai perlu memaklumkan pihak bank dengan segera jika mereka mengesyaki mereka ditipu.

Mereka juga boleh membuat aduan polis sekiranya duit mereka lesap akibat penipuan dan mendapatkan bantuan dari talian antipenipuan di 1-800-722-6688, atau menggunakan aplikasi terbaru 'ScamShield' di Android dan IOS, tambah Encik Tan.

Menggariskan kemajuan lain dalam memerangi penipuan, Encik Tan berkata, dari Januari hingga Jun, polis membekukan lebih 7,800 akaun bank dan berjaya memperoleh semula hasil penipuan bernilai lebih S$80 juta.

Sementara itu, lebih 4,300 penipu dan keldai wang yang terbabit dalam lebih 12,000 kes penipuan melibatkan S$101 juta sudahpun ditangkap atau dipanggil untuk siasatan sejak Markas Antipenipuan Pasukan Polis Singapura (SPF) ditubuhkan pada Mac.
 
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan