Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP S'pura akan sertai perbicaraan antarabangsa mengenai berita palsu di London

Tiga Anggota Parlimen (AP) akan menyertai perbicaraan antarabangsa mengenai berita dan maklumat palsu di London pada Selasa (27 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
AP S'pura akan sertai perbicaraan antarabangsa mengenai berita palsu di London

Perbicaraan Jawatankuasa Agung Antarabangsa mengenai Berita dan Maklumat Palsu akn diadakan di London. (Gambar: Isabel Infantes/AFP)

Diterbitkan : 25 Nov 2018 05:44PM Dikemas Kini : 25 Nov 2018 05:47PM

SINGAPURA: Tiga Anggota Parlimen (AP) akan menyertai perbicaraan antarabangsa mengenai berita dan maklumat palsu di London pada Selasa (27 Nov).

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat (24 Nov), Parlimen Singapura menyatakan bahawa ketiga-tiga wakil itu ialah Menteri Negara Kanan Undang-Undang merangkap Kesihatan Edwin Tong, Setiausaha Kanan Parlimen Pembangunan Negara Sun Xueling dan AP GRC Aljunied Pritam Singh.

Mereka akan menghadiri Perbicaraan Jawatankuasa Agung Antarabangsa mengenai Berita dan Maklumat Palsu.

Ketiga-tiga wakil itu, yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Online Disengajakan, dijangka disertai para anggota parlimen dari United Kingdom, Kanada, Ireland, Argentina, Brazil, Latvia dan Australia.

Jawatankuasa itu akan diterajui bersama oleh Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat UK bagi Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan serta Jawatankuasa Tetap Kanada mengenai Akses kepada Maklumat, Privasi dan Etika.

Dalam kenyataan di lamannya, Parlimen UK menyatakan bahawa CEO Facebook Mark Zuckerberg diundang bagi menghadiri perbicaran itu. Encik Zuckerberg bagaimanpun menolak undangan tersebut dan sebaliknya, Naib Presiden bagi Huraian Dasar-Dasar Facebook, Richard Allan, akan menghadiri perbicaraan itu.

"Jawatankuasa itu tetap menganggap Mark Zuckerberg sebagai orang paling sesuai untuk menjawab soalan-soalan penting mengenai privasi, keselamatan dan perkongsian maklumat. Siasatan New York Times baru-baru ini menimbulkan lebih banyak tanda tanya mengenai bagaimana pencerobohan data ditangani Facebook dan bilakah pasukan kepimpinan kanan dimaklumkan tentang pencerobohan itu serta penyebaran maklumat palsu dari Rusia," menurut kenyataan tersebut.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan