Skip to main content

Singapura

AP Rahayu Mahzam sokong usaha pemerintah bina masyarakat lebih prihatin, inklusif

AP Rahayu Mahzam menyokong usaha pemerintah dalam membina masyarakat yang lebih prihatin dan inklusif.

Anggaran Waktu Membaca:
AP Rahayu Mahzam sokong usaha pemerintah bina masyarakat lebih prihatin, inklusif
Diterbitkan : 27 Feb 2020 08:34PM Dikemas Kini : 27 Feb 2020 09:12PM

SINGAPURA: AP Rahayu Mahzam menyokong usaha pemerintah dalam membina masyarakat yang lebih prihatin dan inklusif.

Namun, kata beliau, lebih banyak lagi boleh dilakukan untuk merapatkan jurang untuk membantu golongan kurang upaya dan keluarga mereka.

Antaranya kata Cik Rahayu adalah dengan memberi bimbingan kepada golongan belia dan menyokong inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang dianjurkan.

"Amat penting untuk kita terus mendekati dan memberi sokongan kepada golongan belia kerana merekalah generasi pelapis, yang bakal mewarisi negara kita. Kita perlu memperkasakan mereka dan membantu mereka mencapai aspirasi.

"Saya berharap masyarakat kita dapat terus menyokong usaha ini dan kita dapat mencapai matlamat untuk membina golongan belia yang lebih mahir, berdaya saing, berkeyakinan dan ada sikap peduli terhadap masyarakat sekeliling," ujar Cik Rahayu. 

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita