Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP pembangkang salahkan pegawai awam dalam perbahasan perjanjian Income-Allianz: Chee Hong Tat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Chee Hong Tat pada Rabu (16 Okt) menuduh penggubal undang-undang pembangkang Profesor Madya Jamus Lim dan Encik Leong Mun Wai sebagai mahu "menyalahkan pegawai awam" dalam kritikan mereka berkait bagaimana perjanjian Income-Allianz yang dibatalkan dikendalikan.

Encik Chee, yang juga Menteri Pengangkutan dan Menteri Kedua Kewangan, kemudian meminta Profesor Madya Lim daripada Parti Pekerja (WP) dan Encik Leong daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP) untuk menarik balik kenyataan yang dikeluarkan ketika perbahasan parlimen mengenai pindaan rang undang-undang yang tertumpu kepada perjanjian tersebut.
Dalam ucapannya di parlimen pada Rabu, Profesor Madya Lim berkata episod itu adalah "masalah komunikasi yang mungkin mendedahkan beberapa kekurangan yang merisaukan berkaitan cara pemerintah menyampaikan maklumat antara satu sama lain dan dengan orang ramai".

Profesor Madya Lim mempersoalkan sama ada pengawal selia MAS boleh menyelesaikan "penilaian menyeluruh" berkaitan pemerolehan dalam "tempoh yang singkat" yang mereka ada dari pertengahan Julai, dan mengapa mereka tidak membuat kaitan antara perjanjian yang dicadangkan dengan pengecualian Seksyen 88 yang dibuat lebih awal.

Beliau juga mempersoalkan sama ada pegawai awam "cukup terpencil ... sehingga untuk urus niaga yang begitu penting, tiada kumpulan kerja bersama diadakan untuk memastikan pertukaran maklumat yang cukup terlebih dahulu".

Encik Leong mengulangi kenyataan itu: "Orang awam diberikan gambaran bahawa agensi-agensi pemerintah kita terpencil, dan kerjasama dalam pemerintah tidak begitu bagus."

Ketika menggulung ucapannya sebelum pindaan diluluskan, Encik Chee berkata Profesor Madya Lim dan Encik Leong membuat "dakwaan serius" mengenai pegawai awam dan agensi-agensi pemerintah.
Encik Chee berkata beliau harap kedua-dua penggubal undang-undang pembangkang itu boleh mengakui kerja keras pegawai MAS.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan