Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP PAP, WP bertikam lidah mengenai kebebasan NTUC yang ada 'hubungan simbiotik' dengan parti pemerintah

Anggaran Waktu Membaca:
AP PAP, WP bertikam lidah mengenai kebebasan NTUC yang ada 'hubungan simbiotik' dengan parti pemerintah

(Dari kiri) Cik Indranee Rajah, Encik Gerald Giam dan Encik Heng Chee How.

Diterbitkan : 09 Sep 2024 11:50PM Dikemas Kini : 10 Sep 2024 12:10AM
SINGAPURA: Penggubal undang-undang dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah dan parti pembangkang Parti Pekerja berbahas mengenai kebebasan dan keberkesanan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) di parlimen pada Isnin (9 Sep).

Perbahasan tersebut, yang menarik respons spontan dan bersemangat daripada kedua-dua pihak Dewan itu, berlangsung kira-kira tiga jam selepas bacaan kedua draf undang-undang bagi melindungi hak pekerja platform.

Salah satu peruntukan undang-undang yang dicadangkan ialah rangka kerja undang-undang bagi pekerja platform – pekerja penghantaran, pemandu sewa privet dan pemandu teksi – untuk diwakili dalam persatuan seperti kesatuan.

NTUC telah menyatakan pihaknya akan menubuhkan persatuan pekerja platform baharu dengan kuasa undang-undang jika undang-undang itu diluluskan.

Penggubal undang-undang pembangkang Gerald Giam (WP-Aljunied) mempersoalkan sama ada NTUC, yang mempunyai "hubungan simbiotik" dengan PAP, boleh "menyokong sepenuhnya" para pekerja.

Encik Giam menarik perhatian bahawa setakat 2017, terdapat seramai 71 Ahli Parlimen PAP yang juga merupakan penasihat kepada kesatuan di bawah NTUC, dan sebahagian daripada mereka terlibat dalam tadbir urus kesatuan tersebut.

"Pemimpin PAP sering berhujah bahawa hubungan simbiotik ini telah membantu Singapura mengharungi krisis dan membina sebuah negara," kata Anggota Parlimen tersebut yang telah berkhidmat untuk dua penggal.

"Walau bagaimanapun, penyekutuan rapat ini juga memberikan cabaran besar kepada kebebasan kesatuan."

Encik Giam mempersoalkan sama ada terdapat potensi timbulnya konflik kepentingan apabila pemimpin kesatuan juga merupakan ahli parti pemerintah.

"Bolehkah mereka menyokong sepenuhnya kepentingan pekerja apabila kepentingan itu mungkin bercanggah dengan dasar pemerintah mereka atau agenda politik PAP?" soalnya.

"Mereka mungkin merasakan tekanan untuk menyokong dasar itu, sekalipun mereka benar-benar percaya bahawa ia menjejaskan keperluan pekerja yang mereka wakili.

KEBEBASAN KESATUAN SEKERJA

Anggota Parlimen Christopher de Souza (PAP-Holland-Bukit Timah) kemudian mencelah dengan mengatakan bahawa ucapan Encik Giam setakat ini tidak relevan dengan perbahasan draf undang-undang itu.

"Ia kebanyakannya merupakan serangan terhadap NTUC dan hubungan simbiotik antara PAP dengan NTUC," ujarnya.

Ketua Dewan Indranee Rajah (PAP-Tanjong Pagar) bangkit untuk bertanya kepada Encik Giam sama ada beliau percaya kesatuan sekerja mesti bebas daripada parti politik.

Selepas Encik Giam menyatakan persetujuannya terhadap kenyataan demikian, beliau menjawab: "Sesiapa yang tahu apa-apa tentang demokrasi akan tahu bahawa di kebanyakan demokrasi di dunia, kesatuan dan parti politik sebenarnya mempunyai hubungan rapat."

Beliau berkata bahawa Parti Buruh di Britain dan beberapa parti politik di Amerika Syarikat dan Kanada semuanya berkait rapat dengan kesatuan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan