AP PAP kemuka usul pertama mengenai perubahan iklim, kesannya terhadap S'pura
Anggota Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kemampanan dan Alam Sekitar sudah mengemukakan usul parlimen untuk bercakap tentang perubahan iklim dan kesannya terhadap Singapura.
Anggota Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kemampanan dan Alam Sekitar Cik Hany Soh, Encik Louis Ng and Cik Poh Li San. (Gambar: PAP)
SINGAPURA: Anggota Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kemampanan dan Alam Sekitar sudah mengemukakan usul parlimen untuk bercakap tentang perubahan iklim dan kesannya terhadap Singapura.
Ini adalah usul pertama mengenai isu itu, menurut Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam satu kenyataan media pada Jumaat (19 Jan).
Ia dikemukakan oleh para Anggota parlimen PAP Encik Louis Ng (Nee Soon), Cik Poh Li San (Sembawang), Cik Cheryl Chan (East Coast), Encik Gan Thiam Poh (Ang Mo Kio), Cik Hany Soh (Marsiling-Yew Tee) dan Encik Don Wee (Chua Chu Kang), dan untuk sidang Parlimen pada Isnin nanti.
Usul itu menyatakan: "Dewan ini menggesa Pemerintah, yang bekerjasama dengan sektor swasta dan rakyat Singapura, untuk memperdalam dan memperhebatkan usaha untuk mencegah dan membuat penyesuaian terhadap perubahan iklim, dan untuk mendakapi kemampanan dalam pembangunan Singapura.
Encik Ng, yang merupakan pengerusi GPC bagi Kemampanan dan Alam Sekitar, berkata perubahan iklim "adalah ancaman nyata yang kami tidak boleh mengendahkan".
Para anggota GPC sedang bekerja rapat dengan sayap belia PAP, PAP Muda, yang menerbitkan kertas kajian mengenai isu yang berjudul "Singapura - Sebuah Hab Hijau" tahun lalu.
"Saranan-saranan dalam usul itu termasuk pertimbangan dan maklumat yang dikumpul daripada beberapa perundingan awam dengan kumpulan alam sekitar, industri, akademia, dan rakyat Singapura," menurut Encik Ng.
"Kami berharap mendapatkan seluruh Dewan untuk menyokong usul ini."
Naib pengerusi jawatankuasa itu, Cik Poh berkata bahawa beliau akan menumpukan kepada kepentingan bangunan yang lebih hijau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.