AP PAP fail usul kedua mengenai perubahan iklim; termasuk sistem cukai karbon berperingkat
Gambar hiasan cili padi (Gambar: Pixabay/Jason Goh)
SINGAPURA: Sebuah akademi khas untuk membantu mempersiapkan warga Singapura bagi pekerjaan dalam sektor hijau dan sistem cukai karbon berperingkat untuk perniagaan adalah antara cadangan yang akan dibangkitkan Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam usul parlimen akan datang minggu.
Usul tersebut yang difailkan AP Poh Li San (PAP- Sembawang) berharap untuk menangani isu perubahan iklim dan kesannya terhadap Singapura, kata parti itu dalam satu kenyataan pada Jumaat (7 Jan).
Cik Poh adalah timbalan pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kemampanan dan Sekitaran. Lima lagi AP dari GPC itu termasuk pengerusinya Louis Ng (PAP-Nee Soon) menyokong usul parlimen tersebut.
Bagi mempersiapkan warga Singapura merebut pekerjaan baru dalam sektor kemampanan, AP seperti Cik Poh, Cik Hany Soh (PAP-Marsiling-Yew Tee) dan Cik Rachel Ong (PAP-West Coast) akan juga menggesa diadakan sebuah akademi khas dipanggil "Akademi Ruang Hijau".
Akademi ini akan tumpuan kepada latihan dan penyelidikan dan pembangunan(R&D) selain program bekerja sambil belajar yang dibangunkan melalui pendekatan kerjasama tiga pihak - pemerintah, majikan dan kesatuan sekerja.
55,000 pekerjaan baru akan diwujudkan dalam sektor kemampanan menjelang 2030.
Selain itu, satu sistem cukai karbon berperingkat juga disarankan yang mengenakan bayaran lebih tinggi terhadap syarkat-syarikat yang banyak melepaskan gas tersebut.
Lebih 15 Anggota Parlimen akan mengusulkan cadangan tersebut apabila Parlimen bersidang minggu depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.