Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP PAP Baey Yam Keng jalani rawatan barah hidung tahap awal

Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) Baey Yam Keng menjalani rawatan bagi barah hidung tahap awal sejak Disember tahun lalu, menurutnya dalam satu catatan Facebook pada Jumaat (7 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
AP PAP Baey Yam Keng jalani rawatan barah hidung tahap awal

(Gambar: Facebook/Baey Yam Keng)

SINGAPURA: Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) Baey Yam Keng menjalani rawatan bagi barah hidung tahap awal sejak Disember tahun lalu, menurutnya dalam satu catatan Facebook pada Jumaat (7 Jan).

Setiausaha Parlimen Kanan Pengangkutan itu mendedahkan dalam catatan tersebut bahawa beliau didiagnos menghidap barah hidung tahap awal pada lewat November dan sedang menjalani sesi terapi radiasi.

Encik Baey, 52 tahun, yang juga AP bagi GRC Tampines berkata beliau dijangka selesai menjalani rawatan di Hospital Besar Singapura (SGH) menjelang hujung bulan ini.

Beliau juga berkongsi kesan sampingan selepas menjalani rawatan selama empat minggu - mulut terasa kering, ulser mulut, hilang deria rasa dan rasa lesu.

Namun, menurutnya kesan sampingan masih "dapat ditanggung", dan tahap imunitinya tidak terjejas.

Bagaimanapun beliau berkata doktor menasihatkannya bahawa beliau mungkin lebih mudah berasa letih

"Kulit pada bahagian leher saya juga dijangka kelihatan seolah-olah terbakar matahari dan suara saya mungkin berubah. Sesetengah pesakit yang menjalani rawatan radiasi mungkin gugur rambut di bahagian belakang kepala mereka."

Encik Baey menambah beliau berterima kasih atas sokongan rakan-rakan kerjanya di Kementerian Pengangkutan dan GRC Tampines di mana beliau menjadi AP kawasan undi itu sejak 2011.

Encik Baey pertama kali dilantik pada 2006 sebagai AP di GRC Tanjong Pagar.

"Saya bernasib baik kerana dapat mengesan keadaan perubatan ini dikesan pada peringkat awal, apabila rawatannya lebih mudah dan peluang hidup lebih tinggi.

"Saya masih agak muda dan sentiasa menjaga kesihatan saya," kata Encik Baey, yang merupakan ayah kepada tiga orang anak, dalam catatannya di Facebook.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan