Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP Melayu/Islam mahu luaskan usaha bantu belia, pekerja Melayu tukar kerjaya ke sektor berkembang

Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad menekankan betapa ada banyak pekerjaan dan permintaan dalam sektor-sektor kesihatan, teknologi, sosial dan kewangan. Namun masih ada jurang kemahiran dalam masyarakat Melayu untuk memasuki bidang-bidang itu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad berkata para Anggota Parlimen Melayu/Islam mahu meluaskan lagi usaha untuk membantu belia dan pekerja Melayu.

Ini khususnya bagi membantu mereka bertukar kerja kepada sektor-sektor yang lebih berkembang dan berdaya tahan.

WUJUD BANYAK PEKERJAAN DALAM BIDANG TERTENTU

Bercakap kepada BERITAmediacorp hari ini (16 Sep) bagi mengulas isu-isu pekerjaan, Encik Zaqy menekankan betapa ada banyak pekerjaan dan permintaan dalam sektor-sektor baru dan juga yang mempunyai potensi kerjaya lebih tinggi.

Namun terdapat jurang kemahiran dalam masyarakat Melayu untuk memasuki bidang-bidang itu, kata beliau.

"Jika kita lihat hari ini banyak pekerjaan dalam sektor-sektor kesihatan, sektor teknologi, sektor sosial, sektor kewangan juga. Di sini kita mempunyai banyak permintaan dari segi pekerjaan, tapi jika kita lihat dari segi kemahiran dalam masyarakat kita, kita mungkin mempunyai jurang.

"Kita ingin melihat bagaimana kita dapat menggunakan skim-skim pemerintah atau program seperti Program Penukaran Kerjaya untuk kita menggalakkan lebih ramai pekerja kita dan juga anak-anak Melayu kita untuk memasuki sektor yang berkembang hari ini," ujar Encik Zaqy.

PEKERJAAN DARI RUMAH BOLEH PINDAH KE LUAR NEGARA

Tambah beliau lagi, sekarang ini pekerjaan dalam bidang hospitaliti semakin berkurangan.

Malah tidak mustahil pada masa depan pekerjaan yang kini boleh dilakukan menerusi bekerja dari rumah (WFH) boleh berpindah kepada orang lain di luar negara.

Itu akan menjadi suatu trend, kata Encik Zaqy.

Lantaran itulah, untuk menjadi bersaing dan mendapat gaji lebih tinggi, para pekerja Melayu perlu berkemahiran dan relevan.

"Saya berharap untuk kita meluaskan lagi pelibatan kami sebagai ahli-ahli parlimen Melayu untuk kita menolong belia-belia kita dan pekerja-pekerja kita dalam kerjaya mereka. Dan kita mempunyai banyak skim-skim pemerintah yang membolehkan mereka menukar sektor untuk mendapat kemahiran baru. Walaupun saya tahu ada kalanya dia mungkin khuatir atau prihatin oleh kerana mereka memang bukan senang untuk tukar sektor.

"Tapi jika kita lihat anda dalam umur 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun, anda mempunyai lagi dua dekad anda boleh bekerja lagi," hujah Encik Zaqy.

Beliau menekankan betapa landskap pekerjaan akan bertukar dan masyarakat Melayu harus lihat masa depan dan menjalani pertukaran pekerjaan.

"Kerana ada antara pekerjaan hari ini tak akan kembali," tekan beliau. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan