Skip to main content

Singapura

AP Melayu/Islam: Belanjawan 2018 berwawasan dan progresif, persiapkan Singapura menghadapi cabaran hari muka

Para Anggota Parlimen Melayu/Islam menyifatkan Belanjawan kali ini sebagai berwawasan dan progresif.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Feb 2018 08:38PM Dikemas Kini : 19 Feb 2018 10:20PM

SINGAPURA: Para Anggota Parlimen Melayu/Islam menyifatkan Belanjawan kali ini sebagai berwawasan dan progresif.

Menurut mereka ia bukan sahaja menangani isu-isu harian seperti kesihatan, kos sara hidup dan pekerjaan, tetapi juga mempersiapkan Singapura menghadapi cabaran pada hari muka.

Bagi terus memacu ekonomi negara, pelbagai insentif diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk kekal berdaya saing dan melebarkan sayap ke luar negara.

Begitu juga untuk para pekerja terus mempertingkat kemahiran mereka.

"Di sini saya rasa kita mesti berganding bahu, mungkin melalui Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu, supaya kita tahu bagaimana kita dapat meraih geran-geran atau subsidi yang boleh diberi kepada perniagaan kita," kata Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol Zainal Sapari.

"Kita juga perlu prihatin apakah bantuan-bantuan yang boleh diberi kepada pekerja-pekerja kerana pekerja juga boleh meningkatkan daya kemahiran mereka sambil mendapat sokongan daripada pemerintah," tambah beliau.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita