Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP Mariam Jaafar, Zhulkarnain Rahim sokong Pelan Singapura Menghijau 2030

AP Mariam Jaafar, Zhulkarnain Rahim sokong Pelan Singapura Menghijau 2030.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Feb 2021 09:52PM Dikemas Kini : 27 Feb 2021 12:12AM

SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang Mariam Jaafar dan AP GRC Chua Chu Kang Zhulkarnain Abdul Rahim hari ini (26 Feb) memberi sokongan mereka terhadap Pelan Singapura Menghijau 2030.

Antara lain, Cik Mariam mengalu-alukan usaha mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baru dalam sektor itu seperti kejuruteraan, perkhidmatan karbon dan kewangan hijau.

Sehubungan dengan itu beliau menggesa masyarakat Melayu supaya mengorak langkah seterusnya bagi merebut peluang dan memupuk minat, pengetahuan serta kemahiran dalam sektor baru itu.

"Para pekerja Melayu perlu harus mempunyai akses, tetapi juga merebut peluang latihan dan meningkatkan kemahiran yang diperlukan untuk menyokong transisi ke arah Ekonomi yang baru, sekaligus berusaha untuk memanjat tangga pekerjaan yang lebih tinggi dalam bidang ini sebagai sebahagian daripada transisi alam pekerjaan yang meluas, ataupun, sebahagian daripada komitmen terhadap dinamika dan sifat inklusif dalam kalangan syarikat-syarikat," kata Cik Mariam.

Selain isu perubahan iklim, Encik Zhulkarnain juga menggariskan tiga perkara yang perlu diperkukuhkan
iaitu hubungan antara negara-negara serantau, hubungan masyarakat sebagai satu Singapura dan kemampanan bagi generasi-generasi masa depan.

Beliau turut menggesa masyarakat untuk mengambil tindakan-tindakan sewajarnya bagi membantu satu sama lain.

"Satu tumpuan Belanjawan kali ini adalah untuk mempereratkan lagi kompak sosial negara kita. Ini tidak dapat dikecapi tanpa bantuan semua pihak masyarakat. Setiap antara kita memainkan peranan yang penting. Mari kita sama-sama menjadi pelambong dan pendukung bagi mereka yang lebih memerlukan," kata Encik Zhulkarnain. 

Sumber : CNA/NZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan