Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP Louis Ng, Raeesah Khan gesa lebih perbincangan tentang kebajikan haiwan di Parlimen

Dua Anggota Parlimen (AP) dari parti pemerintah dan pembangkang berkata pada Ahad (11 Okt) bahawa mereka akan menggesa agar lebih banyak perbincangan diadakan di Parlimen mengenai perlindungan haiwan dan haiwan peliharaan di Singapura pada bulan-bulan mendatang.

Anggaran Waktu Membaca:
AP Louis Ng, Raeesah Khan gesa lebih perbincangan tentang kebajikan haiwan di Parlimen

Gambar fail kucing di luar flat HDB (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 12 Oct 2020 08:27AM Dikemas Kini : 12 Oct 2020 08:31AM

SINGAPURA: Dua Anggota Parlimen (AP) dari parti pemerintah dan pembangkang berkata pada Ahad (11 Okt) bahawa mereka akan menggesa agar lebih banyak perbincangan diadakan di Parlimen mengenai perlindungan haiwan dan haiwan peliharaan di Singapura pada bulan-bulan mendatang.

Cik Raeesah Khan, seorang AP Parti Pekerja bagi GRC Sengkang, berkata beliau ingin melihat undang-undang yang lebih ketat, seperti hukuman lebih tegas, untuk mencegah pembiakan haiwan tanpa lesen yang tidak beretika.

Sementara itu, Encik Louis Ng, seorang AP GRC Nee Soon, berkata beliau berharap untuk mengetengahkan pelbagai topik berkaitan haiwan, termasuk menggesa supaya larangan pemeliharaan kucing di flat HDB ditarik balik.

Kedua-dua Cik Raeesah dan Encik Ng bercakap semasa sesi siaran langsung 'Project Adopt Live' menerusi laman Facebook, yang membincangkan topik-topik seperti penjagaan haiwan secara bertanggungjawab dan kempen pengambilan haiwan angkat secara online. Ia dianjurkan oleh Hope For Animals, sebuah kumpulan bukan meraih untung yang menyokong kebajikan haiwan.

PEMELIHARAAN KUCING DI FLAT HDB

Encik Ng, yang juga pengasas Persatuan Berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (ACRES) berkata beliau pernah mengetengahkan isu tentang pemeliharaan kucing di flat HDB beberapa kali di Parlimen, malah mempersoalkan tentang larangan terhadap kucing jika ia tidak dikuatkuasakan.

Hanya selepas pemeliharaan kucing di HDB diluluskan, Singapura boleh mula mengkaji langkah mengawal selia pemilikan kucing, seperti menguatkuasakan pengembirian yang akan membantu mengurangkan jumlah anak kucing yang tidak diingini, kata Encik Ng pada Ahad.

Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee menjelaskan di Parlimen pada 6 Oktober bahawa dasar pemilikan haiwan peliharaan HDB bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara penduduk yang mencintai haiwan peliharaan dengan mereka yang tidak. Beliau menambah bahawa kementeriannya akan mengkaji semula dan mengemas kini dasar pemilikan haiwan peliharaan.

GALAK AMBIL HAIWAN ANGKAT, BUKAN BELI

Cik Raeesah pada Ahad berkata bahawa beliau juga berharap untuk mendekati mereka yang membeli haiwan peliharaan untuk memahami dorongan mereka, dan menggalak golongan tersebut untuk mengambil haiwan angkat dan bukan membelinya.

Beliau berkata terdapat banyak salah faham tentang baka haiwan tempatan, seperti mereka tidak begitu manja berbanding haiwan yang dibiak khas.

Project Adopt Live dilancarkan semasa pemutus jangkitan COVID-19 pada April untuk membantu tempat-tempat perlindungan haiwan. 

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan