Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP Leong Mun Wai fail petisyen untuk gantung SERS buat sementara waktu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai memfailkan petisyen di Parlimen pada Isnin (1 Ogos) bagi menggesa supaya Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (SERS) digantung sementara dan menyemak cara pampasan dan pilihan penempatan semula diberikan kepada penduduk yang terjejas.

NCMP Parti Kemajuan Singapura (PSP) itu memfailkan petisyen tersebut bagi pihak lima penduduk yang terjejas dengan urusan SERS baru-baru ini yang melibatkan Blok 562 hingga 565 di Ang Mo Kio Avenue 3, yang diumumkan pada April lalu.

Sebilangan penduduk membangkitkan keprihatinan mereka termasuk terpaksa mengeluarkan wang tambahan untuk membeli flat ganti yang sama saiz dan bagaimana tapak ganti kelihatan seolah-olah tidak mempunyai pilihan pengangkutan dan kemudahan yang secukupnya.

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Julai menyatakan bahawa para penduduk akan diberi pilihan untuk membeli flat ganti yang baru tetapi lebih murah dengan tempoh pajakan lebih singkat, iaitu 50 tahun, berbanding 99 tahun.

Pemilik flat warga emas yang layak juga boleh memanfaatkan Skim Beli Balik Pajakan (LBS) untuk flat mereka yang sedia ada dan membeli flat ganti dengan pajakan singkat, serupa dengan baki flat SERS mereka.

Sebelum ini, pemilik flat tidak boleh membuat permohonan bagi LBS setelah flat mereka dipilih bagi SERS.

Keprihatinan penduduk Ang Mo Kio turut dibangkitkan di Parlimen pada 4 Julai oleh AP Nadia Samdin (PAP-Ang Mo Kio), dengan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata, pilihan perumahan semula yang baru turut terpakai bagi projek-projek serupa SERS, yang mungkin melibatkan flat-flat lebih tua, pada masa akan datang.

Encik Leong memfailkan petisyen mengenai SERS pada pagi 4 Jul sebelum Parlimen bersidang tetapi Timbalan Speaker Christopher de Souze berkata "masa yang munasabah diperlukan" untuk memastikan petisyen itu mematuhi Peraturan Tetap Parlimen dan terdapat "beberapa keprihatinan" petisyen berkenaan tidak mematuhi peraturan tersebut.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan