AP kemuka saranan syarikat lebih menguntungkan seharusnya bayar cukai lebih tinggi
Gambar fail kawasan pusat bandar Singapura, CBD. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Saranan agar cukai korporat ditentukan mengikut keuntungan sebelum cukai, ditimbulkan Anggota Parlimen (AP) Tanpa Kawasan Undi (NMP) Hazel Poa.
Cik Poa menjelaskan ini supaya syarikat-syarikat yang lebih menguntungkan membayar cukai lebih tinggi.
Ini berbanding dengan keadaan sekarang di mana syarikat dengan keuntungan terbesar membayar peratusan paling rendah dalam bentuk cukai.
Cik Poa menambah partinya, Parti Kemajuan Singapura (PSP) juga mahu firma-firma yang lebih menguntungkan membayar lebih banyak cukai dan cukai korporat tambahan itu akan digunakan untuk mengurangkan kos di Singapura.
"Dengan hasil cukai korporat yang lebih tinggi, kita boleh gunakan untuk mengurangkan kos perniagaan dan kos kehidupan bagi mengatasi kadar cukai sebenar yang lebih tinggi, menjadikan Singapura tetap menarik untuk destinasi pelaburan dan menawarkan bantuan kepada warga Singapura," ujar Cik Poa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.