Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP GRC Tampines lancarkan projek 'Tampines Community Spine', dorong gaya hidup aktif

Anggaran Waktu Membaca:
AP GRC Tampines lancarkan projek 'Tampines Community Spine', dorong gaya hidup aktif

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli.

SINGAPURA: Para Anggota Parlimen GRC Tampines meraikan selesainya Projek Skala Besar untuk menjadikan kawasan undi itu lebih mudah bagi orang ramai berjalan dan kurang kereta.

Projek itu dimulakan hampir dua tahun lalu dan diberi nama "Tampines Community Spine" pada Ahad (20 Nov).

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Masagos Zulkifli yang juga Anggota Parlimen di GRC itu berkata dengan adanya lebih banyak ruang masyarakat, ia diharap dapat menggalakkan orang ramai bergiat lebih aktif.

"Kami sedang membina Tampines sebagai satu bandar eco-town. Banyak sekali usaha telah kami jalankan termasuk membina lebih banyak taman yang berhubung.

"Untuk itu kami telah bekerjasama dengan SUTD untuk mencari data yang menunjukkan setiap taman itu adalah taman diminati ramai dan juga hubungan antara taman-taman itu boleh digunakan oleh para penduduk Tampines untuk berjalan dan berbasikal dan yang penting adalah apa yang kami bina ini dapat dinikmati semua masyarakat dan sekali gus kita dapat membina masyarakat yang peduli kepada sekitaran kita," ulas Encik Masagos.
Sumber : CNA/MM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan