AP GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal akan sertai NTUC
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal akan menyertai Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sebagai pengarah dan AP buruh, menurut pengumuman gerakan buruh pada Rabu (13 Ogos).
Pelantikannya sebagai pengarah pengurusan pihak berkepentingan, perkhidmatan kerjaya dan kumpulan perkongsian Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC akan berkuat kuasa pada 18 Ogos.
Sebagai AP buruh, NTUC menyatakan bahawa Dr Wan Rizal akan menyuarakan kepentingan pekerja di parlimen dan memperjuangkan bidang advokasi utama pertubuhan itu.
Tumpuan akan diberikan kepada sokongan terhadap pekerja bergaji rendah dan mengukuhkan libat urus dengan masyarakat Melayu/Islam.
"Melihat kepada pengalaman parlimen beliau dan libat urus aktif akar umbi dengan pekerja dari pelbagai sektor, Dr Wan Rizal akan membawa pandangan bernilai tentang aspirasi dan kebimbangan mereka," menurut NTUC.
"Pelantikan beliau mencerminkan usaha berterusan NTUC untuk terus berhubung rapat dengan masyarakat dan memperdalam pemahamannya tentang keperluan pekerja untuk meningkatkan gaji, kebajikan, dan prospek kerja mereka."
AP bagi GRC Jalan Besar sejak 2020, Dr Wan Rizal merupakan seorang pensyarah kanan di Politeknik Republik (RP).
Setiausaha agung NTUC Ng Chee Meng berkata kehadiran beliau "terus mengukuhkan keupayaan NTUC untuk memahami, mewakili dan memperjuangkan semua pekerja".
Sebagai pengarah pengurusan pihak berkepentingan di e2i NTUC, Dr Wan Rizal akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi masyarakat, pemimpin kesatuan, penasihat akar umbi dan pihak berkepentingan lain untuk mengukuhkan hubungan serta menganjurkan pameran kerjaya dan acara yang menghubungkan mereka yang mencari pekerjaan dengan peluang pekerjaan, menurut NTUC.
Beliau juga akan memimpin pembangunan strategi dan program yang menyokong inovasi, daya kerja dan pertumbuhan kerjaya jangka panjang pekerja.
Hubungan akar umbi dan pemahaman Dr Wan Rizal tentang cabaran yang dihadapi oleh pekerja bergaji rendah dan pekerja lanjut usia, terutamanya dalam masyarakat Melayu/Islam, semestinya berharga, kata Caryn Lim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) e2i.
Beliau menambah bahawa pengalaman beliau akan membantu e2i meningkatkan tumpuannya untuk mencapai kumpulan yang kurang mendapat perhatian serta mereka bentuk khidmat kerjaya dan program yang memenuhi keperluan khusus mereka.
"Ia penghormatan bagi saya untuk menyertai NTUC dan e2i NTUC dalam kapasiti baharu ini dalam pengalaman saya sebagai pendidik, pemimpin masyarakat dan Anggota Parlimen," kata Dr Wan Rizal.
"Saya telah bertemu dengan pekerja yang rasa ketinggalan- sama ada kerana usia, pendapatan, atau latar belakang. Saya berharap dapat menjadi jambatan yang kukuh antara pekerja dan dasar, dan untuk memperjuangkan kepentingan pekerja bergaji rendah, pekerja lanjut usia - termasuk mereka dalam masyarakat Melayu/Islam kita."
Menurut laman parlimen Singapura, Dr Wan Rizal kini berkhidmat dalam Jawatankuasa Perundingan Rakyat Punggol East bagi SMC Punggol West.
Beliau sebelum ini bertindak sebagai pengerusi lembaga pengurusan masjid bagi Masjid Al-Islah dan ahli kumpulan bina keyakinan antara kaum bagi Punggol North dan Punggol West.
Dalam kenyataannya, NTUC juga menyatakan penghargaannya kepada Fahmi Aliman, mantan pengarah operasi dan sekretariat divisyen mobilisasi, yang meletak jawatan pada 30 Jun.
Pertubuhan itu menyatakan bahawa dedikasinya dalam menyuarakan kepentingan pekerja memberi "kesan yang berkekalan ke atas kehidupan mereka".

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.