Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP GRC East Coast, Tanjong Pagar diuji positif COVID-19

Anggota Parlimen Tan Kiat How (PAP-East Coast) dan Eric Chua (PAP-Tanjong Pagar) disahkan positif COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
AP GRC East Coast, Tanjong Pagar diuji positif COVID-19

AP Tan Kiat How dan Eric Chua. (Gambar: Facebook)

SINGAPURA: Anggota Parlimen Tan Kiat How (PAP-East Coast) dan Eric Chua (PAP-Tanjong Pagar) disahkan positif COVID-19.

Mereka mendedahkandemikian di Facebook masing-masing pada Khamis (3 Feb).

Encik Tan, yang juga Menteri Negara Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara, berkata beliau disahkan positif COVID-19 semasa Tahun Baru Cina dan kini menjalani pengasingan kendiri.

Menurutnya, beliau "hampir tidak mempunyai sebarang gejala", dan tidak mengalami demam atau sakit tekak.

“Saya rasa lebih letih daripada biasa dan pada mulanya saya ingatkan ia disebabkan saya sibuk membuat persediaan Tahun Baru Cina,” tambah Encik Tan dalam catatannya itu.

"Saya tidak akan tahu (dijangkiti COVID-19) jika saya tidak melakukan ART (ujian pantas antigen) hampir setiap hari," katanya.

Di bawah Protokol 2 Kementerian Kesihatan, individu yang diuji positif tetapi sihat, atau telah dinilai oleh doktor sebagai mempunyai keadaan ringan, harus mengasingkan diri di rumah selama 72 jam.

Encik Tan melakukan ART setiap hari selepas itu dan kemudiannya diuji negatif pada hari ke-4, iaitu semalam.

"Dengan Omicron sangat mudah berjangkit, saya dan isteri dari segi mental sudah bersedia bagi senario sedemikian. Namun, ia agak di luar jangkaan,” kata Encik Tan.

Tambah beliau,
isterinya disahkan positif pada Rabu dan mereka "terus mengemas" barang anak lelaki mereka yang berusia 18 bulan dan menghantarnya untuk dijaga datuk dan nenek, katanya.

"Kami sentiasa memeriksa Isaac dan berharap dia kekal sihat," kata Encik Tan.

"Saya benar-benar bersimpati dengan ibu bapa yang mempunyai anak kecil, yang berkata mereka bimbang jika terbawa pulang COVID-19, sama ada anda telah menjangkiti anak anda",ujarnya.

RASA "PANAS DALAM"

Bagi Encik Chua, pula yang juga Setiausaha Parlimen di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, beliau mengalami sakit-sakit badan dan demam tetapi tidak serius pada Rabu malam.

"Ternyata saya sebenarnya positif COVID," kata Encik Chua.

Sebagai langkah berjaga-jaga dan sebagai sebahagian daripada rutinnya, Encik Chua menjalani ujian ART pada pagi Khamis.

Apabila beliau melihat "garisan yang samar-samar" pada ujian yang menunjukkannya positif, beliau langsung memakai dua lapisan pelitup dan memandu sendiri ke klinik swasta terdekat, katanya.

Beliau diletakkan di bawah Protokol 2 dan bebas jangkitan jika diuji negatif pada Ahad, katanya.

“Saya masih mengalami beberapa simptom ringan dan memohon maaf kerana terpaksa membatalka beberapa acara dalam hari-hari akan datang. Saya berharap untuk kembali bertugas selepas melengkapkan Protokol 2, dan sehingga itu, berhati-hati semua!!” tulisnya.

Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan