Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP gesa sokongan kurangkan jurang antara SME dengan MNC

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para AP menggesa lebih banyak dilakukan untuk mengurangkan jurang antara syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) dengan syarikat-syarikat lebih besar.

Menurut mereka, tender pemerintah yang boleh dijadikan lebih inklusif, supaya SME boleh ikut serta.

Juga, sebahagian daripada dana untuk melaksanakan AI, juga boleh diketepikan buat SME.

"Kita semua tahu bahawa ia bukan mudah buat SME melakukan R&D dan menyertakan pembangunan AI ke dalam syarikat kerana saiz mereka yang lebih kecil dan keterbatasan sumber.
Mereka memerlukan sokongan dana peperintah dan bekerjasama dengan para penyelidik dan universiti-universiti, serta syarikat rakan kongsi dari peringkat hulu mahupun peringkat hilir. Jika tidak, jurang digital antara SME dan MNC akan menjadi lebih luas," kata Chong Kee Hiong, AP GRC Bishan-Toa

Para AP turut membincangkan peri perlunya meringankan beban, dan menyokong mereka yang paling terkesan daripada tekanan kos sara hidup.

AP GRC Sengkang, He Ting Rui berkata: "Bagi menangani ketidaksamarataan, selain daripada apa yang sudah pakar-pakar dengan latar belakang ekonomi beritahu kita, saya hanya boleh zahirkan apa yang penduduk saya katakan dan rasa."

"Jika orang awam mengalami jurang maklumat, agensi-agensi awam seharusnya, mengisi jurang itu dengan maklumat yang betul dan bukan setakat berkata bahawa tidak perlu diisi jurang itu," tambahnya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Dr Syed Harun Alhabsyi berkata: "Dasar-dasar sosial kita hanya boleh hidup jika pada akhirnya kita melaksanakan dengan hasrat yang tulen dan penuh azam untuk meningkatkan, dengan keprihatinan untuk para saudara yang berkongsi identiti Singapura kita.

"Dan kepercayaan yang tulen bahawa mereka yang lemah, yang kurang bernasib baik dalam hidup juga layak untuk berjaya."
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan