AP gesa beri lebih masa bagi warga SG 55 tahun ke atas buat rancangan persaraan berhubung penutupan Akaun Khas CPF
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa Anggota Parlimen menyuarakan keprihatinan berhubung penutupan Akaun Khas Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi warga Singapura berusia 55 tahun dan ke atas.
Mereka menggesa golongan itu diberi lebih banyak masa dan kelonggaran untuk membuat perancangan persaraan mereka,
menjelang perubahan itu.
"Penutupan Akaun Khas (SA) secara tiba-tiba menjejas ramai warga emas bergaji sederhana," kata AP GRC West Coast Foo Mee Har.
"Berdasarkan syarat-syarat tetap CPF, mereka menabung secara sistematik dan mempercayai skim ini untuk menabung buat persaraan. Ramai bergantung kepada tabungan CPF sebagai sumber utama untuk membiayai persaraan mereka," tambahnya.
"Perancangan kewangan bertahun-tahun lamanya berdasarkan kadar faedah Akaun Khas yang lebih tinggi terjejas, menyebabkan mereka mempunyai masa terhad untuk membuat penyesuaian," kata AP SMC Yio Chu Kang Yip Hong Weng.
"Pilihan terhad mengeluarkan wang daripada Akaun Persaraan (RA) menimbulkan keprihatinan tentang mengakses tabungan kecemasan, tidak seperti Akaun Khas (SA) yang menawarkan lebih fleksibiliti.
"Sebaliknya, memasukkan wang ke dalam Akaun Biasa (OA) bermakna menerima hasil faedah dan tabungan persaraan lebih rendah, sekali gus menjejas jaminan kewangan jangka panjang warga emas," tambahnya.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.