Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP Dipilih bayar kadar jangka pendek di tempat-tempat letak kenderaan HDB mulai 1 Jan

Yuran meletak kenderaan tahunan bagi para Anggota Parlimen (AP) Dipilih disemak semula.

Anggaran Waktu Membaca:
AP Dipilih bayar kadar jangka pendek di tempat-tempat letak kenderaan HDB mulai 1 Jan

(Gambar: Nisha Karyn)

Diterbitkan : 30 Nov 2018 06:28PM Dikemas Kini : 30 Nov 2018 07:28PM

SINGAPURA: Yuran meletak kenderaan tahunan bagi para Anggota Parlimen (AP) Dipilih disemak semula.

Mulai 1 Januari 2019, kos permit tahunan bagi meletak kenderaan adalah S$250 berbanding S$365 buat masa ini.

Bagaimanapun, yuran baru itu hanya bagi meletak kenderaan di Bangunan Parlimen untuk urusan rasmi dan tidak merangkumi tempat-tempat letak kereta HDB.

"AP harus membayar kadar yuran jangka pendek sedia ada bagi menggunakan tempat-tempat letak kereta HDB menerusi Sistem Letak Kenderaan Elektronik (EPS) atau aplikasi mudah alih Parking.SG," menurut surat edaran Setiausaha Dewan Parlimen kepada para AP.

Surat itu menyatakan bahawa permit meletak kenderaan tersebut membenarkan para AP untuk meletak kereta di mana-mana lot di tempat-tempat letak kereta HDB, termasuk lot letak kereta musiman.

Buat masa ini, para AP Dipilih membayar S$365 bagi permit tahunan yang membenarkan mereka untuk meletak kenderaan di kedua-dua tempat letak kereta HDB (termasuk lot letak kereta musiman) dan Bangunan Parlimen. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan