AP Christopher de Souza dan Xie Yao Quan dilantik Timbalan Speaker Parlimen
Anggota Parlimen Christopher de Souza dan Xie Yao Quan dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen pada Isnin (22 Sep).
Encik Xie Yao Quan, AP SMC Jurong Central, dan Encik Christopher de Souza, AP GRC Holland-Bukit Timah. (Gambar: Facebook/Xie Yao Quan 谢曜全, Laman Parlimen Singapura)
Encik de Souza pernah memegang jawatan tersebut semasa penggal parlimen lalu, manakala Encik Xie pula dilantik buat pertama kali menggalas peranan itu.
Timbalan Ketua Dewan Zaqy Mohamad mencalonkan kedua-dua AP itu bagi peranan tersebut.
Menurut beliau, Encik de Souza dan Encik Xie amat komited terhadap tadbir urus yang baik dan kesaksamaan bagi menggalakan perbahasan yang membina dan saling menghormati antara satu sama lain.
Pencalonan mereka disokong oleh Anggota Parlimen (AP) Yeo Wan Ling.
Speaker Parlimen Seah Kian Peng berkata, beliau mengalu-alukan sokongan kedua-dua timbalannya dalam melaksanakan tugas beliau.
Sementara itu, AP Sylvia Lim dan Eric Chua juga mengangkat sumpah jawatan bagi penggal Parlimen ini pada permulaan sidang pada hari yang sama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.