Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP Bukit Panjang Liang Eng Hwa disahkan hidap barah hidung peringkat awal; bakal jalani rawatan radioterapi selama 7 minggu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anggota Parlimen Bukit Panjang Liang Eng Hwa disahkan menghidap barah hidung peringkat awal.

Encik Liang berkata pada Rabu (26 Jul) bahawa beliau akan menjalani rawatan radioterapi setiap hari sepanjang tempoh tujuh minggu akan datang.

"Memandangkan terdapat kesan sampingan yang dijangkakan, saya mungkin perlu mengambil cuti daripada kegiatan kemasyarakatan dan tugas saya dalam masa beberapa bulan akan datang," tambahnya.

Encik Liang, 59 tahun, berkata bahawa beliau mengalami masalah pendengaran pada telinga kirinya selama beberapa bulan.

"Saya akhirnya memutuskan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor ENT yang melakukan endoskopi hidung dan biopsi. Imbasan CT dan MRI seterusnya menunjukkan barah nasopharyngeal peringkat awal," katanya.

Para AP dari GRC Holland-Bukit Timah, terutama Menteri Ehwal Luar Vivivan Balakrishnan dan Edward Chia, akan mengambil alih tugas Encik Liang.

Pasukan akar umbi Bukit Panjang juga akan terus berkhidmat kepada penduduk dan menjalankan program dan aktiviti kemasyarakatan.

Encik Liang sudah menjadi Anggota Parlimen Bukit Panjang sejak 2020 apabila beliau dipindahkan dari GRC Holland-Bukit Timah untuk bertanding bagi kerusi tunggal itu.

Encik Liang memenangi 53.7 undi semasa bertanding menentang pengerusi Parti Demokratik Singapura (SDP) Paul Tambyah, yang mendapat 46.2 peratus undi.

Encik Liang menyertai politik pada 2006 sebagai sebahagian daripada pasukan PAP yang memenangi GRC Holland-Bukit Timah tanpa bertanding.

Bagi penggal Parlimen sekarang, Encik Liang dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kewangan, Perdagangan dan Perusahaan.

Jawatankuasa Parlimen Pemerintah ditubuhkan oleh PAP untuk meneliti perundangan dan program-program pelbagai kementerian.

Beliau sebelum ini adalah anggota Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Tenaga Manusia.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan