AP bangkitkan keprihatinan terhadap golongan pertengahan, ibu bekerja
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Golongan berpendapatan pertengahan yang tersepit, ibu bekerja yang mendapat kurang pelepasan cukai, pekerja yang membawa pulang gaji lebih rendah dan lebih banyak tekanan terhadap majikan menjadi antara keprihatinan yang dibangkitkan pada hari pertama perbahasan parlimen mengenai Belanjawan 2023.
Seramai 27 Anggota Parlimen (AP), termasuk Ketua Pembangkang Pritam Singh - menyuarakan pandangan mengenai Belanjawan 2023, yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong minggu lalu.
Perbahasan tersebut, yang diadakan pada Rabu (22 Feb), berlangsung selama lebih tujuh jam.
Sebilangan AP menyentuh tentang peri pentingnya pengagihan semula dan pengukuhan kompak sosial Singapura menerusi Belanjawan itu, dengan para AP menarik perhatian bahawa mereka percaya Pemerintah boleh melakukan lebih banyak lagi.
Perbahasan tersebut akan bersambung semula pada Khamis (23 Feb).
GOLONGAN BERPENDAPATAN PERTENGAHAN YANG TERSEPIT
Dalam ucapannya, Encik Singh memberi gambaran mengenai satu bahagian Singapura di mana terdapat gaji yang tinggi serta peluang yang melimpah ruah dan satu lagi bahagian Singapura di mana terdapat tanggapan mengenai mobiliti sosial yang perlahan.

Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP) berkata bahawa kemerosotan pada jumlah penduduk Singapura daripada golongan berpendapatan pertengahan membawa kepada kebangkitan "Singapura yang terbahagi dua" itu, sepertimana yang digambarkan oleh Encik Singh.
Menurut beliau, kumpulan warga Singapura ini dikenakan cukai yang terlalu tinggi berbanding pendapatan mereka.
Encik Leong kemudian berhujah bahawa pengagihan jangka pendek seperti bayaran khas Kos Sara Hidup akan mewujudkan masyarakat yang bergantung kepada sokongan tersedia. Beliau menegaskan bahawa Pemerintah mempunyai lebihan sumber fiskal bernilai berbilion-bilion dolar setiap tahun, yang mana ia sepatutnya digunakan untuk "program jangka panjang" bagi memperkasa golongan perpendapatan pertengahan untuk menjadi lebih berdaya bingkas.
Para AP lain termasuk Xie Yao Quan (PAP-Jurong), Nadia Samdin (PAP-Ang Mo Kio) dan Hany Soh (PAP-Marsiling-Yew Tee) turut menarik perhatian mengenai golongan berpendapatan pertengahan yang "tersepit" yang menghadapi tekanan kos sara hidup.
IBU BEKERJA DI BAWAH PEMANTAUAN TELITI
Sekurang-kurangnya lima AP menyuarakan keprihatinan mereka mengenai Pelepasan Anak untuk Ibu Yang Bekerja, yang akan berubah daripada peratusan pendapatan yang diterima kepada jumlah tetap, mulai 2025.
Mereka menarik perhatian bahawa meskipun langkah tersebut akan memanfaatkan para ibu yang berpendapatan lebih rendah hingga pertengahan, kebanyakan daripada ibu yang bekerja - mereka yang meraih gaji lebih S$54,000 setahun - akan menerima kurang pelepasan cukai.
KEBIMBANGAN MENGENAI CARUMAN CPF
Encik Singh dan Encik Saktiandi Supaat (PAP-Toa Payoh) mengusulkan, di samping menaikkan had pendapatan bulanan CPF, Pemerintah boleh memperuntukkan bahagian dana yang lebih tinggi kepada Akaun Khas pencarum CPF - yang bertujuan bagi menampung keperluan persaraan - dan bukannya kepada Akaun Biasa (OA) serta Akaun Medisave.
Ini akan memenuhi keperluan persaraan warga Singapura dengan lebih baik, kata Encik Singh. Sementara itu, Encik Saktiandi mengatakan bahawa ia juga akan mengelak daripada meningkatkan beban kewangan yang ditanggung kedua-dua majikan dan pekerja.
LANDSKAP "MENGELIRUKAN" BAGI PEMADANAN PEKERJAAN- KEMAHIRAN
Para AP rata-rata mengalu-alukan Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran, yang akan dirintis dalam sektor kejuruteraan jitu, runcit dan perdagangan borong, sebagai perantaraan untuk mengoptimumkan penempatan latihan dan pekerjaan.
Encik Singh bertanya tentang bagaimana keberkesanan skim yang dirintis itu akan ditentukan dan meminta Pemerintah untuk memperincikan perbelanjaan fiskalnya bagi skim tersebut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.