AP bahas bagaimana kemahiran bakat luar dipindahkan ke tenaga kerja tempatan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para Anggota Parlimen (AP) meminta penjelasan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng tentang pemindahan kemahiran daripada bakat luar kepada tenaga kerja tempatan.
Ia berhubung Pas Rangkaian dan Kepakaran Luar Negara atau ONE Pass.
Ketua Pembangkang, Pritam Singh bertanya bagaimana pemindahan itu akan digalakkan serta dijejaki.
Beberapa AP lain serta Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai bertanya bagaimana Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan memastikan kemahiran itu dapat diraih tenaga kerja tempatan.
"Adakah menteri sudah menolak pas pekerjaan tetap atau skim lain yang memberi insentif kepada pemindahan kemahiran kepada rakyat Singapura bagi memenuhi kemahiran berkaitan pekerjaan antara lain?" tanya Encik Pritam Singh.
"Kami sedang berusaha bagi laluan yang lain melalui pelbagai sektor agensi dari sudut membangunkan rangka kerja dan kami juga seperti saya berkongsi dengan Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), NRF dan beberapa agensi lain untuk mengenal pasti beberapa kriteria yang kami boleh sasarkan bakat global bagi kepakaran sedemikian," kata Dr Tan See Leng menjawab soalan Encik Pritam.
"Skim itu akan bermula pada 1 Januari 2023. Menjelang penghujung tahun, saya sarankan beliau melihat ruang itu dan lebih banyak perincian akan didedahkan tidak lama lagi," tambah beliau.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/ZM/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.