Skip to main content

Singapura

AP Baey Yam Keng galak orang ramai jalani pemeriksaan kesihatan dengan kerap

Anggaran Waktu Membaca:
AP Baey Yam Keng galak orang ramai jalani pemeriksaan kesihatan dengan kerap

Gambar: Baey Yam Keng/Facebook

SINGAPURA: AP GRC Tampines Baey Yam Keng mengeluarkan tiga tumbuhan benigna selepas menemuinya menerusi kolonoskopi.

Dalam satu catatan di Facebook beliau pada Jumaat (4 Ogos), Encik Baey berkongsi bahawa ketiga-tiga polip yang ditemui, masing-masing kurang daripada 0.2 sentimeter.
Encik Baey berkongsi bahawa beliau sebelum ini berasa khuatir mengenai prosedur yang perlu dijalani. Beliau bagaimanapun memutuskan untuk menjalani prosedur tersebut setelah mendapatkan nasihat daripada rakan sepasukannya di GRC Tampines, AP Dr Koh Poh Koon, yang merupakan seorang pakar bedah kolorektal.

Beliau turut menggalak orang ramai supaya menjalani pemeriksaan secara kerap, khususnya bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas kerana berdepan risiko lebih tinggi menghidap barah usus.

Pengesanan awal dapat membantu rawatan.

Encik Baey pernah disahkan menghidap barah hidung tahap pertama pada 2021.
Sumber : BERITA Mediacorp/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita