Skip to main content

Singapura

Anytime Fitness dikaitkan kelompok disyaki Omicron diarah tutup 10 hari: SportSG

Sebuah gimnasium di mana kelompok pertama disyaki Omicron dikesan di Singapura, diarah tutup selepas Sport Singapore (SportSG) mendapati ia tidak mematuhi langkah pengurusan selamat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Anytime Fitness dikaitkan kelompok disyaki Omicron diarah tutup 10 hari: SportSG

(Gambar: Laman Anytime Fitness)

SINGAPURA: Sebuah gimnasium di mana kelompok pertama disyaki Omicron dikesan di Singapura, diarah tutup selepas Sport Singapore (SportSG) mendapati ia tidak mematuhi langkah pengurusan selamat COVID-19.

SportSG menyatakan pada Khamis (23 Dis) bahawa gimnasium Anytime Fitness di Pusat Beli-Belah Bukit Timah diberikan notis saman dan diarah tutup selama 10 hari mulai 22 Disember.

Selepas siasatan dijalankan, SportSG mendapati gimnasium itu gagal melaksanakan prosedur dan langkah-langkah kawalan bagi memastikan pelanggan mereka mematuhi langkah pengurusan selamat sedia ada, menurut agensi itu.

Tiga kes COVID-19 dikaitkan dengan gimnasium itu, di mana dua diuji "positif awal" bagi varian Omicron, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa.

Siasatan epidemiologi mendapati ketiga-tiga kes telah pergi ke Anytime Fitness di Pusat Beli-Belah Bukit Timah antara 15 Disember dengan 17 Disember, menurut MOH.

"SportSG menggesa semua pengendali sukan dan kecergasan serta pengunjung supaya kekal berwaspada dan mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat yang dilaksanakan bagi memastikan keselamatan masyarakat," tambahnya.

"Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap perniagaan atau individu yang gagal mematuhi langkah-langkah tersebut."

Menurut SportSG lagi ia akan terus bekerja rapat dengan industri sukan dan kecergasan untuk mengembalikan aktiviti sukan dan senaman "secara selamat dan bertanggungjawab".

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita