Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anwar Ibrahim lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Halimah

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Halimah

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Selasa (21 Mac) mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob. (Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Selasa (21 Mac) mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob yang sedang dalam rangka lawatan negara ke itu.

Menerusi catatan di laman Facebook beliau, PM Anwar berkata kunjungan hormat yang dilakukan di sebuah hotel di ibu negara itu turut dihadiri Menteri Luar Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri. 

Perdana Menteri itu berkata dalam pertemuan tersebut, mereka saling bertukar-tukar pandangan berhubung isu yang mempunyai kepentingan bersama kedua-dua negara.

“Ini merupakan pertemuan kedua saya bersama Presiden Republik Singapura selepas lawatan rasmi saya ke republik tersebut pada 30 Januari 2023 yang lalu,” katanya, yang turut memuat naik beberapa keping gambar kunjungan itu.

Puan Halimah berada di Malaysia sehingga Rabu (22 Mac).

Ia merupakan lawatan negara pertama Presiden Halimah ke Malaysia sejak 2013.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan