Anugerah pendidikan diperluas, tajaan penuh tuisyen diperkenal bagi kembangkan tenaga kerja khidmat sosial
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Langkah-langkah baharu untuk mengembangkan tenaga kerja perkhidmatan sosial Singapura diumumkan pada Selasa (9 Dis), termasuk skim anugerah pengajian yang diperluas dan penajaan tuisyen yang lebih tinggi.
Ini sedang Singapura bersiap sedia untuk menangani penduduk yang semakin menua, serta cabaran-cabaran yang berubah-ubah seperti masalah kesihatan mental, pengasingan sosial dan keluarga yang mempunyai keperluan yang kompleks.
"Perubahan ini mungkin akan menimbulkan permintaan yang lebih rumit terhadap tenaga kerja yang terhad dalam sektor kita," kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli ketika beliau mengumumkan langkah-langkah sokongan tersebut.
Mulai April 2026, kriteria untuk Anugerah Pendidikan Kumpulan Karyawan Perkhidmatan Sosial akan diperluaskan untuk meliputi mereka yang menceburi ijazah peringkat bersekutu di universiti, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).
Ini termasuk mereka yang mengikuti ijazah kepujian dalam bidang psikologi, pengajian diploma untuk kerja sosial di politeknik dan Nitec Lanjutan CCSS di ITE.
Anugerah itu buat masa ini hanya menyokong mereka yang mengikuti kelayakan penuh sarjana muda atau pascasiswazah karyawan.
Penajaan tuisyen di bawah Penajaan Pembangunan Profesional juga akan dibiayai sepenuhnya mulai April 2026, naik daripada liputan 75 peratus sekarang.
Penajaan itu menyediakan dana untuk kakitangan dalam agensi perkhidmatan sosial bagi meraih kelayakan pertama mereka yang diiktiraf dalam kerja-kerja sosial dan psikologi untuk menjadi karyawan bertauliah.
Pendanaan bagi latihan kepimpinan asas juga akan diperluas untuk merangkumi pemimpin kali pertama dan kanan dalam agensi perkhidmatan sosial untuk menyokong pembangunan pemimpin dalam sektor tersebut.
SUSS akan melancarkan sekolah bagi kerja sosial pada suku ketiga 2025.
Semasa berucap di acara penutup Tahun Meraikan Karyawan Perkhidmatan Sosial, Encik Masagos berkata Singapura mesti terus memperluas saluran pekerja perkhidmatan sosial untuk memenuhi keperluan yang sentiasa berubah.
Industri itu juga mesti memanfaatkan teknologi untuk memberikan khidmat yang lebih berkesan dengan lebih cekap, tambahnya, sambil menukil penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Alat AI membantu karyawan perkhidmatan sosial mengurangkan masa yang dihabiskan untuk kerja-kerja pentadbiran dan memberi tumpuan kepada pendampingan pelanggan.
Platform AI juga menyokong pengamal dalam menjalankan penilaian tingkah laku, membolehkan mereka menyediakan campur tangan yang lebih pantas dan tepat, kata menteri itu.
“Penerapan AI akan terus memberikan peluang penting untuk sektor ini pada tahun-tahun akan datang, untuk meningkatkan kecekapan operasi dan memastikan hasil yang lebih baik untuk pelanggan kami,” katanya.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.