Anugerah MUIS bawa makna istimewa sempena sambutan SG60: Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim/Facebook)
SINGAPURA: Anugerah MUIS tahun ini membawa makna yang istimewa sempena sambutan SG60.
Ini kerana semangat masyarakat Singapura yang berbilang kaum dan agama akan berpaksikan "masyarakat diutamakan bukan individu" - seperti yang diseru oleh Perdana Menteri Lawrence Wong - turut dizahirkan dalam anugerah berprestij itu, di mana individu-individu yang sudah berbakti dan mengabdikan diri kepada masyarakat diberikan setinggi-tingginya penghormatan.
Demikian menurut Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, menerusi catatan Facebook beliau pada Isnin (6 Okt).
"Perdana Menteri Lawrence Wong menyeru kita semua untuk membina masyarakat “Kita-Dahulu” - iaitu sebuah masyarakat yang saling mengambil berat dan mengutamakan keperluan bersama daripada mementingkan diri sendiri.
"Semangat inilah yang dizahirkan di majlis semalam (4 Okt), yang memberi penghormatan kepada individu-individu yang sudah berbakti dengan penuh keikhlasan demi memperkukuh jalinan sosial dan perpaduan masyarakat kita," tulis Dr Faishal.

Sejak ia diperkenalkan, Anugerah MUIS sudah mengiktiraf lebih 150 individu dan badan-badan yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat.
Tahun ini, sembilan lagi penerima diraikan - daripada mereka yang membantu keluarga-keluarga memerlukan, hingga kepada usaha memperkukuh institusi-institusi masyarakat, dan yang berusaha gigih untuk menjalin hubungan antara agama dan budaya.
"Dedikasi mereka mengingatkan kita bahawa perkhidmatan, belas ihsan dan perpaduan adalah nilai-nilai abadi yang membentuk kita sebagai rakyat Singapura," tambah Dr Faishal.
Antara penerima anugerah tahun ini ialah Almarhum Haji Alla’udin Mohamed, mantan Pengerusi Masjid Khalid, secara anumerta.
Almarhum membangunkan Masjid Khalid sebagai pusat pembelajaran yang dinamik, menggalakkan persahabatan antara agama dan menerajui projek Briyani Amal Cabaran Presiden.
Legasi beliau meninggalkan kesan yang mendalam dan mengingatkan kita tentang betapa pentingnya khidmat masyarakat yang bertunjangkan keikhlasan dan rahmah, ujar Dr Faishal.
"Tahniah kepada semua penerima Anugerah MUIS! Terima kasih kerana memimpin dengan keikhlasan dan ketulusan hati. Semoga kisah anda menjadi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Singapura, khususnya golongan belia, untuk tampil berkhidmat untuk masyarakat.
"Terima kasih juga kepada kakitangan dan sukarelawan MUIS yang menjayakan acara ini! Bersama-sama, mari kita terus membina sebuah masyarakat yang penyayang dan bersatu padu," kata Dr Faishal.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.