Anugerah IKON Wanita SG iktiraf usaha luar biasa 16 wanita dalam keusahawanan, pemerkasaan wanita
Anggaran Waktu Membaca:
SG Women IKON Awards recognise the extraordinary efforts of 16 women in entrepreneurship and women's empowerment
- A total of 16 women received the inaugural Singapore Women IKON Awards on Sep 12, in recognition of their contributions to entrepreneurship and women’s empowerment.
- The awards ceremony was organised by Singapore Women IKON in collaboration with Kelab Wanita IKON Malaysia, and was held at De Villa Ballroom, Singapore.
- Award recipients such as Joyce Kingsly and Ustazah Tuty Alawiyah Ahmad were recognised for their efforts to empower women and the community, while Linda Ma'rof was chosen to represent Singapore at the Malaysia IKON Women Awards 2026.
- The programme aims to inspire, guide and open up opportunities for women from various backgrounds to grow and contribute to society.
- Seramai 16 wanita menerima Anugerah IKON Wanita Singapura yang julung kali diadakan pada 12 September, mengiktiraf sumbangan mereka dalam keusahawanan dan pemerkasaan wanita.
- Majlis anugerah dianjurkan oleh IKON Wanita Singapura dengan kerjasama Kelab Wanita IKON Malaysia, bertempat di De Villa Ballroom, Singapura.
- Penerima anugerah seperti Joyce Kingsly dan Ustazah Tuty Alawiyah Ahmad diiktiraf atas usaha memperkasa wanita dan masyarakat, manakala Linda Ma'rof dipilih mewakili Singapura ke Anugerah Wanita IKON Malaysia 2026.
- Program ini bertujuan memberi inspirasi, bimbingan, serta membuka peluang kepada wanita dari pelbagai latar belakang untuk berkembang dan menyumbang kepada masyarakat.
SINGAPURA: Seramai 16 wanita terpilih menjadi penerima Anugerah IKON Wanita Singapura yang dianjurkan buat julung-julung kalinya pada Sabtu (12 September).
Anugerah tersebut mengiktiraf usaha mereka dalam keusahawanan dan pemerkasaan wanita, dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada kaum hawa untuk meraih kejayaan dalam pelbagai bidang.
"Pengiktirafan penting kerana ramai wanita telah memberi sumbangan besar dalam kerjaya perniagaan, keluarga dan masyarakat. Apabila usaha mereka dihargai, ia bukan sahaja memberi keyakinan kepada mereka tetapi juga menjadi inspirasi kepada wanita lain," ujar Presiden IKON Wanita Singapura, Dr Fadilah Majid.

Kumpulan IKON Wanita Singapura ditubuhkan pada Oktober lalu dengan memberi tumpuan kepada lima teras utama: Ekonomi, Pendidikan, Kesihatan dan Kesejahteraan, Keselamatan dan Perlindungan serta Tanggungjawab Sosial (CSR).
Dengan kerjasama Kelab Wanita IKON Malaysia, anugerah yang disampaikan di De Villa Ballroom itu turut bertujuan memberikan wadah kepada para penerima anugerah melalui bimbingan, perkongsian dan inisiatif CSR di dalam dan luar Singapura.
"Kami mahu IKON menjadi platform yang lebih kuat untuk wanita daripada pelbagai latar belakang - saling menyokong dan berkembang. Kami akan memperbanyakkan program keusahawanan, kepimpinan rangkaian dan kolaborasi serta membuka lebih banyak peluang untuk ahli mengetengahkan bakat dan perniagaan mereka termasuk di peringkat serantau," kata Dr Fadilah lagi.
Selain itu, mereka juga berharap dapat menerbitkan sebuah buku untuk merakam kisah perjalanan 16 penerima anugerah.
SEMANGAT INKLUSIF PENTING UNTUK BERI PELUANG KEPADA WANITA DARIPADA PELBAGAI LATAR BELAKANG
Berucap di majlis tersebut, mantan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob menekankan pentingnya semangat inklusif dalam memberikan ruang dan peluang kepada wanita daripada pelbagai latar belakang untuk berjaya.

"Semangat inklusif ini penting. Pemerkasaan wanita tidak seharusnya hanya memberi manfaat kepada mereka yang sudah mempunyai akses kepada peluang. Ia juga mesti sampai kepada wanita yang mungkin memerlukan dorongan, panduan, bantuan praktikal atau sekadar seseorang yang percaya pada potensi mereka," kata Puan Halimah.
Semangat tersebut juga digambarkan daripada senarai penerima Anugerah Ikon Wanita Singapura tahun ini.
Antara mereka ialah Pengasas dan pengerusi cabang wanita Persatuan Pemilik Kedai dan Warisan Little India (LISHA), Joyce Kingsly.

Beliau sudah menerajui sekitar 200 inisiatif bagi membantu para peniaga wanita di Little India.
"Saya percaya bahawa setiap wanita mempunyai potensi dan apabila diberikan platform, peluang, dan hubungan, saya pasti mereka akan berjaya jauh dan terus bersinar dalam kehidupan mereka," ungkapnya.
Untuk menyokong para peniaga wanita, beliau menganjurkan sesi-sesi rangkaian bagi golongan tersebut bukan sahaja untuk memperkenalkan perniagaan mereka kepada wanita lain tetapi juga untuk membantu para wanita tersebut meraih kemahiran baharu.
"Saya membangunkan satu konsep di mana dalam satu sesi, harus ada peluang untuk mereka mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka, harus ada peluang untuk mereka membentangkan tentang perniagaan mereka, bercakap tentang perniagaan mereka kepada sekumpulan wanita dan dalam perhimpunan yang sama, harus ada bengkel mini, harus ada 'icebreaker', harus ada ucapan yang memberi inspirasi kepada para wanita," kongsi Cik Joyce yang juga mempunyai 32 tahun pengalaman sebagai seorang usahawan dan menguruskan tiga perniagaan.
SUMBANGAN IBU, PEMIMPIN AGAMA WANITA TIDAK BOLEH DILUPAKAN
Seorang lagi penerima anugerah tersebut ialah Ustazah Tuty Alawiyah Ahmad.

Pendidik agama selama 14 tahun itu telah menabur bakti untuk membimbing dan memperkasakan masyarakat.
Selain mengajar di Masjid Yusof Ishak, Masjid Hasanah dan Masjid Abdul Gafoor, beliau juga mengasaskan 'Friends of Quran SG' di mana beliau membimbing ratusan pelajar daripada kanak-kanak sehingga warga emas dan mualaf.
Dalam ceramah-ceramahnya, beliau juga banyak memberi penekanan terhadap peranan wanita dan ibu.
"Dalam setiap saya berjumpa dengan masyarakat, terutama kaum ibu, jadi saya melihat bahawa kaum ibu ini memang punya peranan yang sangat penting di mana ibu itu sendiri berperanan dalam membentuk keluarga dan juga membentuk masyarakat secara umumnya. Jadi, di mana peranan ibu itu sangat penting ketika memberikan kefahaman dalam keluarga itu tadi akan membentuk satu masyarakat yang berakhlak mulia, yang berjiwa empati juga dan berilmu di masa akan datang," kongsinya.
Pengiktirafan usaha beliau menerusi Anugerah IKON Wanita itu juga dianggap beliau sebagai dapat memberikan suntikan moral kepada para agamawan tentang kepentingan peranan mereka dalam masyarakat.
LINDA MA'AROF TERPILIH WAKILI SINGAPURA DI SEBERANG TAMBAK
Para penerima anugerah juga diberi bimbingan percuma dalam sesi 60 minit bersama Sekolah Perniagaan GOGLOBAL untuk membantu mengembangkan perusahaan mereka.
Mereka dipilih berdasarkan beberapa kriteria termasuk kepimpinan dan impak sumbangan mereka.
Daripada 16 penerima anugerah, relawan dan pejuang kemanusiaan, Linda Ma'rof terpilih untuk mewakili Singapura di majlis Anugerah Wanita IKON Malaysia 2026.

Selama lapan tahun sebagai Pengarah Lembaga Pertubuhan Kemanusiaan Bagi Ekonomi Buruh Hijrahan (HOME), beliau memperjuangkan hak komuniti pekerja hijrahan.
Sudah lima tahun juga beliau menyumbang tenaga kepada membantu mereka yang memerlukan di Indonesia dan Filipina.
Antaranya, beliau telah membina ruang ibadah, menderma sebuah ambulans, menubuhkan pasukan penyelamat bencana, membangunkan semula sekolah dan memimpin inisiatif bantuan tahunan serta bantuan Ramadan.
Anugerah Wanita IKON Malaysia 2026 akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 September.

Sumber : BERITA Mediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.