Anugerah Ibu Teladan Jamiyah iktiraf pengorbanan, jasa dua ibu anak autistik
Anggaran Waktu Membaca:
Para finalis bagi Anugerah Ibu Teladan Jamiyah ke-33 (Gambar: Jamiyah Singapura)
SINGAPURA: Pengorbanan seorang ibu tidak pernah kenal erti lelah.
Seperti Cik Punitha Tjia yang dahulunya merupakan seorang jurutera awam, tekad meninggalkan kerjayanya itu demi anaknya.
Beliau mahu menjaga anak lelakinya, Michael yang disahkan menghidapi autisme pada umur 3 tahun setelah mengalami demam teruk.
Apabila intervensi awal tidak boleh didapatkan serta-merta untuk Michael, Cik Punitha mula belajar sendiri tentang autisme.
Beliau kemudian mengajar sendiri anaknya di rumah selama lebih sepuluh tahun sementara membesarkan seorang lagi anaknya, Sherri.
Untuk terus menyokong Michael sebaik mungkin, beliau mengikuti program diploma dalam keperluan khas dan membangunkan cara-cara berstruktur untuk pembelajaran anaknya itu.
Antaranya, beliau memperkenalkan jadual visual dan alat komunikasi untuk memudahkan aktiviti-aktiviti harian bagi Michael.
Hasilnya, Michael yang berhenti bercakap setelah episod demam tersebut mula bertutur kembali.
Kini, Michael boleh memasak dan membuat produk-produk penjagaan peribadi seperti pengewap mandi untuk AusomeSuds SG, sebuah perniagaan dalam talian bersama dengan ibunya.
Sherri pula kini mengejar ijazah sarjananya dalam bidang sains.
KEKAL CEKAL MELALUI LIKU-LIKU PERJALANAN SEBAGAI SEORANG IBU
Apabila Cik Punitha meninggalkan kerjaya kejuruteraannya, keputusan beliau itu dipersoalkan anggota keluarganya.
Namun, beliau teguh dengan pilihannya itu dan tidak pernah sesali memilih jalan tersebut.
"Ia sesuatu keputusan yang amat sukar tetapi ia sesuatu yang saya perlu lakukan kerana saya ingin berjalan bersama dan membimbing (anak-anak saya). Jadi, itulah keputusan yang saya buat saya tidak menyesal," kata ibu 61 tahun itu.
Jika dahulu, beliau menghitung kejayaan dengan angka, kini Michael telah memberikannya perspektif baharu.
"Dia mengajar saya kesabaran, untuk bersikap baik dan melihat lebih daripada kebolehan. Kehidupan bukan sekadar statistik," ujar beliau.
Sumbangan Cik Punitha tidak terhenti di rumah bersama anak-anaknya sahaja.
Malah, beliau juga menabur bakti kepada ibu bapa lain yang turut mempunyai anak-anak berkeperluan khas.
Atas pengorbanan dan jasa beliau, Cik Punitha terpilih menjadi penerima Anugerah Ibu Teladan Jamiyah 2026 dalam satu majlis yang diadakan pada Sabtu (29 Ogos) di Fairmont Ballroom, Swissôtel The Stamford.

Cik Punitha terpilih daripada enam finalis.
Beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak S$6,000 tajaan Jamiyah Singapura.
Para finalis pula membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak S$2,000.
Ini merupakan tahun ke-33 anugerah tersebut meraikan sumbangan golongan ibu di Singapura.
CIK ZOEY ZUASWINA ZUPRI MEMIKUL TANGGUNGJAWAB BESAR SEJAK KECIL LAGI
Di acara yang sama, Anugerah Ibu Muda Teladan Jamiyah turut disampaikan bagi tahun kelapan.
Anugerah itu khusus bagi ibu-ibu di bawah usia 40 tahun yang berjaya mengimbangi tanggungjawab keluarga dengan pencapaian kerjaya dan kepimpinan masyarakat.
Anugerah tersebut diberikan kepada Cik Zoey Zuaswina Zupri tahun ini.
Beliau terpilih daripada lima finalis kategori tersebut.

Pada usia 14 tahun, Cik Zoey sudah dilatih untuk mengenal erti tanggungjawab menjadi penjaga utama adik-adiknya setelah pemergian mengejut ayah mereka.
"Waktu itu kita masih kecil lagi. Mesej yang terakhir bapa saya bilang saya (ialah beliau) suruh jaga adik-adik. Dia pesan untuk jaga adik adik-adik saya dan selalu ingat dia dan jaga mak saya juga. Jadi, saya pegang kata-kata itu. Dalam apa-apa keadaan, saya selalu fikirkan adik-adik saya dulu. Ia tak jadi satu beban tapi satu amanah yang paling penting untuk saya buat masa itu," luah Cik Zoey.
Demi memastikan adik-adiknya terjaga, beliau terpaksa meninggalkan sekolah sebanyak dua kali dan mencari nafkah.
Meskipun demikian, beliau tetap bertekad untuk tamatkan pelajaran.
Setelah beliau mendirikan rumah tangga pula, kelahiran anak sulung lelakinya mendatangkan ketidakpastian baginya sekali lagi apabila anaknya disahkan menghadapi sindrom Xia-Gibbs dan autisme.
Sewaktu pandemik COVID-19, anaknya dimasukkan ke hospital dan Cik Zoey pula kehilangan pekerjaannya.
Atas usaha dan komitmennya menjaga anak sulungnya, dia berjaya meraih anugerah SHINE daripada sekolahnya atas keramahannya dan juga menerima gelaran 'wira kelas' kerana sering membantu rakan-rakan sekelasnya.
"Saya terharu dan saya betul-betul kagum dengan dia sebab saya tak sangka yang dia boleh menjadi 'wira kelas'. Saya pun tak sangka yang dia boleh jalan, ini semua. Jadi saya doakan semoga satu hari nanti dia boleh berdikari, dia boleh bercakap dan walau apa pun keadaannya, dia tetap akan ada saya dan suami saya di sisi," ungkap Cik Zoey dengan nada sebak.
Beliau mula menjual 'shepherd's pie' dari rumah sebelum menerima tawaran sebagai juruanalisis.
Cik Zoey kemudiannya mendapatkan lulusan Diploma dengan Merit dengan GPA 3.93 daripada Politeknik Ngee Ann dan dinaikkan pangkat kepada Juruanalisis Kanan.
Kini, ibu kepada tiga anak itu sedang memburu ijazah sarjana muda di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).
Cik Zoey juga kini menjadi sukarelawan bersama Persatuan Penyakit Jarang Ditemui (RDSS) dan Program Kepimipinan Belia Singapura (SYLP) untuk terus membantu golongan yang memerlukan.
Atas dedikasinya itu, beliau terpilih menerima Anugerah Ibu Muda Teladan Jamiyah tahun ini dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak S$2,000.
Para finalis lain kategori tersebut pula membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak S$1,000.

Sumber : BERITA Mediacorp/ak
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.