Anugerah Hari Kebangsaan 2025: Sumbangan Ustaz Pasuni, Kadir Maideen Mohamed diiktiraf; jasa Almarhum Ustaz TM Fouzy dikenang
SINGAPURA: Seramai 7,210 orang diberi pengiktirafan Anugerah Hari Kebangsaan tahun ini atas sumbangan atau khidmat kepada negara atau pencapaian cemerlang mereka.
Pengiktirafan tertinggi tahun ini, Darjah Utama Nila Utama diberikan kepada Mantan Pengerusi Kumpulan Lapangan Terbang Changi, Tan Gee Paw.
USTAZ PASUNI MAULAN TERIMA PINGAT JASA GEMILANG
Beberapa individu dalam masyarakat Melayu/Islam turut diiktiraf termasuk Ustaz Pasuni Maulan, 80 tahun atas sumbangannya selaku anggota Majlis Tertinggi MUIS.
Beliau menerima Pingat Jasa Gemilang iaitu pengiktirafan ketiga tertinggi dalam Anugerah Hari Kebangsaan tahun ini.
Ustaz Pasuni sudah berkhidmat sebagai anggota Majlis Tertinggi MUIS selama tujuh penggal. Pada 7 Ogos 2025, beliau diumumkan akan terus berkhidmat bagi penggal kelapannya dalam majlis tersebut.
Beliau yang juga Mantan Pendaftar di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) meluahkan rasa syukur dan terharu atas penghargaan sedemikian.
"Saya berterima kasih kepada isteri saya kerana masa-masa saya yang sepatutnya bersama dia, saya gunakan untuk masyarakat. Dia telah juga berkorban masa. Masa yang saya patut bersama dia, saya gunakan untuk perjuangan dalam usaha untuk meningkatkan mutu keluarga Muslim di negara kita. Tanpa sikap yang bertolak ansur seperti itu, mungkin ini semua tidak akan tercapai," kongsi Ustaz Pasuni kepada wartawan Roslinda Rahmat.
Encik Kadir, 58 tahun menerima Pingat Pentadbiran Awam (Perak).
Beliau mula menyandang jawatan itu sejak tahun 2021 di tengah-tengah kerumitan cabaran COVID-19.
Encik Kadir berkata pencapaian tersebut juga mencerminkan usaha kolektif bersama pasukannya di MUIS.
"Satu sumbangan yang kami dapat ketengahkan adalah apabila kami meneroka macam mana untuk menaikkan gaji para asatizah kami dengan menggunakan garis panduan gaji bersama. Menaikkan gaji asatizah kami selama 3 tahun yang lepas dan ini telah membawa kesan positif dan memartabatkan status asatizah kami. Selain dari itu, inisiatif lain adalah penglibatan kami di arena antarabangsa," kata Encik Kadir.
Jasa dan sumbangan Almarhum Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Jumat sebagai mantan anggota Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) turut dikenang dan diiktiraf dalam Anugerah Hari Kebangsaan tahun ini dengan Pingat Bakti Masyarakat (Anumerta).
Almarhum Ustaz TM Fouzy meninggal dunia pada Disember 2024.
Ustaz Fauwaz juga berkata bahawa Almarhum bapanya tidak berkongsi perincian kerja sukarela bersama RRG.
"Sumbangannya kepada masyarakat iaitu dia adalah salah seorang daripada anggota RRG iaitu kumpulan pemulihan kepada masyarakat-masyarakat yang berpegang kepada ideologi yang ekstremis. Jadi di sini dia memberikan kaunseling dan dengan penuh kasih sayang kepada mereka untuk memberikan mereka pemahaman yang baik dan pemahaman yang stabil, yang pertengahan," ujarnya.
Ustaz Fauwaz juga kini yang menguruskan syarikat agensi umrah dan haji Almarhum bapanya.
Senarai penerima Melayu/Islam adalah seperti berikut:
Pingat Jasa Gemilang
Ustaz Pasuni bin Maulan,
Anggota, Majlis Tertinggi MUIS
Bintang Bakti Masyarakat
Mohamed Said bin Ali, PBM,
Naib Pengerusi, Changi Simei CCC
Salehah bte Johari, PBM
Peguam, Biro Bantuan Guaman
Pingat Pentadbiran Awam (Perak)
Kadir Maideen bin Mohamed
Ketua Eksekutif, Majlis Ugama Islam Singapura
Haslinda bte Zamani
Pengarah Divisyen, Direktorat Perancangan & Pembangunan Kurikulum 2
Hanafi bin Asmore
Pengetua, Sekolah Rendah Punggol Green
Dr Abdul Jalil Abdul Kader
Penolong Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Agensi Makanan Singapura
Pingat Pentadbiran Awam (Gangsa)
Sakdun bin Sardi
Timbalan Pengarah, Tadbir Urus & Hal Ehwal Berkanun, Majlis Ugama Islam Singapura
Sarina binte Mohamed Rasol
Penolong Pengarah Kanan, (Pembangunan Komunikasi Bersama) Pejabat Pembangunan Komunikasi Bersama
Suriati Bte Suradi
Guru Pakar, Akademi Kesenian Guru-Guru Singapura
Mohammad Hisham bin Hambari
Timbalan Pengarah, Pejabat Perhubungan Korporat, Universiti Teknologi Nanyang
Siti Rohanah binte Mohamad Koid
Pengarah, Perhubungan dan Jangkauan, Sekolah Perubatan Lee Kong Chian, Universiti Teknologi Nanyang
Raps Azrinah
Naib Pengetua, Sekolah Rendah Alexandra
Rahima bte Abdul Rahman
Naib Pengetua, Sekolah Rendah Farrer Park
Adam bin Ahmad
Naib Pengetua, Sekolah Menengah Hillgrove
Abdul Rashid Jailani
Pengarah, Kesihatan Bersekutu, Hospital Masyarakat Jurong, Sistem Kesihatan Universiti Nasional
Prof Madya Zubair Amin
Konsultan Kanan, Jabatan Neonatologi, Hospital Universiti Nasional, Sistem Kesihatan Universiti Nasional
SUPT (1A) Mohamed Adnan Bin Mohamed Akbar
Ketua (Operasi), Pasukan Polis Singapura
Mulyadi bin Ahmad
Timbalan Pengarah, Divisyen Sanitasi dan Pematuhan, Agensi Sekitaran Kebangsaan
Dr Noraslinda Muhamad Zuber
Timbalan Ketua Eksekutif, Yayasan MENDAKI
Mohamed Firhan Abdul Salam
Mantan Timbalan Pengarah, Konvensyen, Mesyuarat dan Insentif, Konvensyen Pelancongan II, Lembaga Pelancongan Singapura
Pingat Kepujian
Khainurizah binte Ariff Koh
Timbalan Pengarah, Pendidikan & Pembanguan Tenaga Kerja (Pendidikan) Majlis Seni Kebangsaan
Abdul Rahman bin Bakar
Superintenden Daerah Masjid-Masjid, Daerah Barat, Majlis Ugama Islam Singapura
Nazhatul Nizla binte Mohamed Noor
Penolong Pengarah, Pembangunan Bakat & Prestasi, Majlis Ugama Islam Singapura
Nor Razak bin Bakar
Pendaftar (Pendaftaran Perkahwinan Islam) Bahagian Perhubungan dan Penglibatan Masyarakat, MCCY
Muhammad Noor Aliff bin Ghani
Penolong Pengarah (Koleksi & Pameran) Institusi-Institusi Warisan, Lembaga Warisan Nasional
Izryn binte Abu Samah
Penolong Pengarah, Divisyen Pengurusan Sukarelawan, Persatuan Rakyat
Noor Fadilah binte Yusof
Timbalan Pengarah / Juru Arkib Utama, Arkib Negara Singapura, Lembaga Perpustakaan Negara
Sabariah bte Abdullah
Ketua Subjek, Sekolah Rendah Anderson
Abdul Razif bin Mohammad Rizal
Ketua Tahun, Sekolah Rendah Ang Mo Kio
Selamat Jufri
Pensyarah Kanan, Sekolah Sukan dan Kesihatan, Politeknik Republic
Suhaimi bin Mohamed Sepet
Pensyarah Kanan/Kejuruteraan Mekatronik, ITE Kolej Barat
Wan Mohamed Nazrith b Salleh
Guru Kanan, Sekolah Rendah Anglo-Chinese
Mohamed Zafran Mohd Osman
Ketua Jabatan, Sekolah Rendah Angsana
Nasheda binte Hamzah
Ketua Subjek, Sekolah Rendah Chua Chu Kang
Dr Noorashikin bte Abdul Rahman
Penolong Pengarah, Sekolah Kemanusiaan dan Pengajian Antara Disiplin, Politeknik Ngee Ann
Safura bte Abdul Karim
Guru Kanan, Sekolah Menengah Bedok View
Noor Azlina bte Ahmad
Pengurus Kanan, Akademi SkillsFuture Temasek, Politeknik Temasek
Najib Ahmad
Penolong Pengarah, Sekolah Pengajian Filem & Media, Politeknik Ngee Ann
Nazerah binte Mohamed Latif
Pegawai Pembangunan Kakitangan Sekolah, Sekolah Menengah Boon Lay
Sharulhana bte Mohamed Kamal
Ketua Jabatan, Sekolah Menengah Bukit Merah
Royhayati bte Mohamed Yusof
Guru Kanan, Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Hajjah Falina binte Omar Bek
Penolong Pengarah Kanan, Institut Penyelidikan Penuaan untuk Masyarakat dan Pendidikan, Universiti Teknologi Nanyang
Hanizah bte Abu Samah
Ketua Tahun, CHIJ Our Lady Of The Nativity
Tinawati bte Ariffin
Ketua Tahun, CHIJ Our Lady Queen Of Peace
Mohammad Fazulee bin Abdul Rahman
Pengarah Madya Kanan, Infrastruktur Kampus Universiti – Kecemasan dan Keselamatan Kampus, NUS
Farah bte Syed Haider Alsagoff
Ketua Tahun, Sekolah Rendah Chongzheng
Dr Anie Febriastati
Pengarah Madya Kanan, Pejabat Dekan, Sekolah Undang-Undang Dasar Awam Lee Kuan Yew, NUS
Saiful Nizam bin Pungot
Ketua Subjek, Sekolah Rendah Corporation
Mohamad Fahmie bin Abdullah
Pengurus Operasi, Sekolah Perempuan Crescent
Raihanah Beevi
Penolong Ketua Tahun, Sekolah Menengah Crest
Hamim bin Hashim
Pengurus Operasi, Sekolah Rendah Damai
Ilyana Hardianti bte Hartono W
Ketua Jabatan, Sekolah Tinggi Dunman
Noraisha binte Hamzah
Ketua Jabatan, Sekolah Rendah Evergreen
Irwan b Md Talib
Ketua Subjek, Sekolah Rendah Fengshan
Fikir Amin binti Md Said
Guru Kanan, Sekolah Rendah First Toa Payoh
Nusraat Begum bte Akbar Ali
Ketua Subjek, Sekolah Rendah Frontier
Muhammad Faizal bin Osman
Ketua Subjek, Sekolah Menengah Woodlands Ring
Siti Zuraidah bt Kamis
Ketua Jabatan, Sekolah Gan Eng Seng
Nainee Na'ah binte Ismail
Ketua Jabatan, Sekolah (Menengah) Geylang Methodist
Hamidah bte Abdullah
Ketua Jabatan, Sekolah Rendah Gongshang
Suryati bte Abdul Latiff
Guru Kanan, Sekolah Rendah Gongshang
Sharudin bin Abdul Rashid
Ketua Jabatan, Sekolah Rendah Greenridge
Nur'Ain bte Rahim
Ketua Subjek, Sekolah Rendah Greenwood
Wan Alfida bte Suleiman
Pegawai Pembangunan Kakitangan, Sekolah Perempuan Haig
Sabariah bte Kassim
Ketua Subjek, Sekolah Rendah Hougang
Norhayati bte Mohamed Ansari
Penolong Ketua Tahun, Sekolah Rendah Jiemin
Muhammad Hakim bin Kamarudin
Ketua Tingkatan, Sekolah Rendah Jurong
Ruhaya bte Mafot
Guru Kanan, Sekolah Rendah Keming
Rina bte Abdullah
Ketua Jabatan, Sekolah Rendah Keming
Norsriwani bte Bakar
Ketua Subjek, Sekolah Rendah Marsiling
Mohammad Faizal B Omar
Ketua Jabatan, Sekolah Menengah Marsiling
Hasni bte Abu Bakar
Ketua Tahun, Sekolah Mee Toh
Norlina Bte Ahmadi
Guru Kanan, Sekolah Mee Toh
Norul Ashiqin binte Rashid
Ketua Jabatan, Sekolah Menengah Meridian
Zaibah binte Mohammed Amin
Guru Kanan, Institut Millennia
Faizan B Muhamad Nor
Ketua Jabatanm Sekolah Menengah Montfort
Norlita bte Marsuki
Guru Kanan, Sekolah Menengah Naval Base
Zunaidah bte Abdul Rahman
Guru Kanan, Sekolah Rendah North View
Ahmad Zakir bin Mokhtar
Ketua Jabatan, Sekolah Menengah Northbrooks
Nurelyani bte Mustaffa
Guru Kanan, Sekolah Rendah Northland
Pingat Bakti Masyarakat (Anumerta)
Almarhum Ustaz Tengku Mohamad Fouzy bin Tengku Mahid Jumat
Mantan Anggota, Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG)
Senarai penuh penerima Anugerah Hari Kebangsaan 2025 boleh didapatkan di sini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.