Anugerah berprestij Persatuan Restoran SG kembali selepas 3 tahun; perkenalkan kategori restoran Halal
Majlis penganugerahan prestij industri makanan dan minuman (F&B) Singapura kembali diadakan selepas tiga tahun ditiadakan.

Menteri Tenaga Manusia merangkap Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng di Majlis Penganugerah Bintang Epicurean RAS 2022. (Gambar: RAS)
SINGAPURA: Majlis penganugerahan prestij industri makanan dan minuman (F&B) Singapura kembali diadakan selepas tiga tahun ditiadakan.
Anugerah Bintang Epicurean Persatuan Restoran Singapura (RAS) mengiktiraf pencapaian cemerlang para individu serta pertubuhan-pertubuhan dalam industri F&B di Singapura.
Edisi ke-26 majlis itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Raffles City pada malam ini (24 Nov) dihadiri Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng.
Sebanyak 20 anugerah disampaikan merangkumi pelbagai kategori seperti restoran mewah terbaik, kasual dan Halal terbaik.
Tahun ini, RAS juga memperkenalkan 10 kategori baru.
Monster Planet diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Restoran Halal Terbaik (Kasual) dan Elfuego® by COLLIN’S® pula bagi Restoran Halal Terbaik (Mewah).
Semua pemenang dipilih panel hakim daripada lebih 100 pencalonan yang diterima daripada industri F&B.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.