Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anugerah baru bagi iktiraf majikan dengan amalan terbaik, galak kesejahteraan mental

Para majikan dengan amalan-amalan terbaik bagi menggalakkan kesejahteraan mental di tempat kerja akan diiktiraf dengan satu anugerah peringkat negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Dec 2021 07:30PM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 09:50PM

SINGAPURA: Para majikan dengan amalan-amalan terbaik bagi menggalakkan kesejahteraan mental di tempat kerja akan diiktiraf dengan satu anugerah peringkat negara.

Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad mengumumkan demikian semasa pelancaran kempen baru untuk meningkatkan kesihatan mental di tempat kerja.

Syarikat-syarikat boleh membuat permohonan bagi anugerah itu mulai Januari depan.

Laman web kempen itu menyenaraikan sumber-sumber bermanfaat untuk menggalakkan kesejahteraan mental.

Wadah-wadah seperti iWorkHealth dan buku panduan baru bertujuan membimbing para majikan untuk memulakan perbincangan dengan kakitangan.

Encik Zaqy berkata Program Keselamatan dan Kesihatan Menyeluruh di Tempat Kerja menawarkan ceramah-ceramah percuma berkenaan kesejahteraan mental.

Ia juga memudahkan penyertaan para pekerja baru.

"Kempen ini bagi manfaat semua dalam kalangan kita yang pernah berasa bimbang, merasakan kesesakan di dada, atau sukar untuk tidur apabila berfikir tentang kerja.

"Ia bermakna pekerjaan boleh menjadi punca kesejahteraan mental di mana bantuan boleh didapatkan. Luangkanlah masa untuk menjaga diri dan memanfaatkan sumber-sumber sedia ada supaya lebih ramai daripada kita mampu maju di tempat kerja," kata Encik Zaqy.

Menurut Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Janil Puthucheary, sekitaran sokongan boleh diwujudkan dengan menjadikan perbualan tentang kesihatan mental terutama di tempat kerja, satu kebiasaan. 

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan