Anugerah 2026: Juri nantikan persembahan lebih unik, memukau pada minggu keenam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Memasuki minggu keenam, persaingan Anugerah 2026 semakin menuntut para peserta untuk tampil lebih menyerlah.
Bukan sekadar vokal yang mantap, mereka kini perlu membuktikan keistimewaan yang membezakan diri daripada pesaing lain.
Bertemakan “The Greatest Of All Time”, pentas malam ini menjadi medan untuk lapan peserta mencipta persembahan terbaik mereka.
PERNAH DI KELOMPOK EMPAT TERBAWAH, BANIE MAHU 'GEMILANG' MINGGU INI
Yakin dan terus gemilang.
Itulah pegangan peserta Anugerah 2026, Banie, menjelang minggu keenam pertandingan itu.
Untuk episod kali ini, Banie bakal membawakan lagu Gemilang, yang dipopularkan oleh penyanyi Malaysia, Jaclyn Victor.
Menurut Banie, pemilihan lagu itu cukup bermakna buat dirinya dalam pertandingan tersebut.
"Ini pun lagu yang saya nyanyi dari kecil. Ini salah satu lagu memang saya ingin nyanyikan dalam Anugerah. Memang saya sudah impikan saat ini dari dulu lagi," kata Banie.
Bagi memberikan persembahan lebih mantap, Banie turut membuat perubahan pada nada asas atau ‘key’ lagu agar lebih sesuai dengan suaranya.
Perubahan itu dibuat selepas mengambil kira komen juri Hady Mirza pada minggu lalu.
"Komen daripada Hady Mirza minggu lepas yang mengatakan saya harus memilih ‘key’ lagu yang baik untuk nada suara saya, itu komen yang saya gunakan untuk episod malam ini. ‘Key’ saya lebih rendah dan saya tidak perlu fikirkan banyak sangat, dan saya boleh keluarkan suara,” jelas Banie.
Justeru, Banie berharap keselesaannya dengan lagu itu, ditambah perubahan pada nada asas, akan membolehkannya memberikan persembahan yang lebih mantap.
“Saya harap para penonton dapat menghayati persembahan saya dan harap penonton dapat lihat kekuatan saya dalam persembahan yang lebih beremosi,” tambahnya.
Menjelang episod malam ini (29 Sep), Banie berkata perjalanan dalam pertandingan itu banyak membuka matanya tentang aspek nyanyian yang masih perlu diperbaiki.
“Dalam pertandingan ini, saya belajar saya ada lebih kekurangan dari segi nyanyian dan persembahan. Saya dapat banyak komen dan ia bagus kerana saya dapat memperbaiki diri sendiri,” katanya ketika ditemui BERITA Mediacorp.
Banie tidak sesekali pun berduka dengan kedudukan antara empat peserta dengan markah terendah dua minggu lalu.
Banie sebaliknya bangkit dan memperbaiki mutu persembahannya dan berjaya melonjak ke kelompok empat teratas pada minggu lalu, daripada lapan peserta yang masih bersaing.
Antara komen yang sering diterimanya ialah beliau perlu lebih berani “mengeluarkan suara” ketika menyanyi.
"Bila saya berada di kedudukan Bottom 4, saya selalu mendapat komen sama, seperti saya tidak keluarkan suara. Bila dapat komen sebegitu, itu memang satu perkara saya sentiasa cuba perbaiki,” luah Banie.
Dengan persaingan Anugerah 2026 kini berbaki lapan peserta, Banie tidak berselindung mengenai hasratnya untuk muncul sebagai juara.
Namun, kemenangan bukan satu-satunya perkara yang ingin dibawanya pulang daripada pertandingan tersebut.
“Memang saya ingin memenangi pertandingan ini. Tetapi saya ingin pelajari lebih banyak lagi, dari segi persembahan, teknik vokal,” katanya.
AINA ABDUL CARI SUARA ‘SEDAP’, BUKAN SEKADAR NOTA TINGGI OLEH PARA PESERTA
Para peserta Anugerah 2026 juga akan membawakan persembahan duet buat pertama kali musim ini.
Mereka akan bergandingan dengan para alumni Anugerah musim-musim lalu seperti Azra Zulaikha, Sunny Jackson serta peserta musim pertama, Chico.
Sementara itu, penyanyi Malaysia Aina Abdul, yang tampil sebagai juri istimewa Anugerah 2026 minggu ini, tidak meletakkan keupayaan mencapai nota tinggi sebagai ukuran utama dalam menilai persembahan para peserta.
Artis penerima berbilang anugerah itu berkata: "Apa yang saya inginkan, adalah persembahan yang baik. Saya tidak perlu mendengar nota-nota tinggi atau terlalu rendah, saya inginkan yang sedap sahaja."
"Walaupun saya memang percaya seorang penyanyi itu perlu ada teknik, perlu berguru, tetapi saya memahami bahawa perjalanan setiap penyanyi itu berlainan. Saya ingin mendengar suara istimewa, yang mungkin subjektif, tetapi menarik,” tambah beliau.
Bagi Aina, Anugerah 2026 juga menjadi wadah untuknya melihat sendiri potensi generasi baharu penyanyi Singapura.
Pada masa sama, pelantun lagu Terus Hidup itu memberi bayangan bahawa para peserta boleh menjangkakan komen yang lebih terus terang daripadanya kali ini.
"Sebelum ini sebagai juri, saya tercenderung untuk bersikap baik. Jadi sejauh ini saya datang sebagai juri, saya ingin memberi komen yang jujur dan profesional, dengan cara baik, tetapi pastinya inginkan mereka belajar sesuatu," tambah beliau.
HADY MIRZA MASIH NANTIKAN PERSEMBAHAN YANG MAMPU MEMUKAU
Buat seorang lagi juri Anugerah 2026, Hady Mirza, enam minggu berada dalam pertandingan bermakna para peserta kini perlu mula mencari cara untuk menonjolkan keistimewaan masing-masing.
Hady berkata: "Saya tetap menantikan atau memerlukan sebuah persembahan yang ingin mencapai kesempurnaan. Memang agak susah untuk melakukannya tetapi mereka boleh mencuba,” kata beliau.
Menurut Hady, jangkaannya juga berbeza mengikut pengalaman setiap peserta.
Mereka yang sudah biasa membuat persembahan di pentas, misalnya, perlu menunjukkan lebih banyak kemajuan.
Namun secara keseluruhan, beliau mahu para peserta terus memastikan mutu vokal mereka kekal pada tahap yang baik.
"Mungkin pada minggu keenam, mereka baru sedar bahawa mereka harus memberikan satu persembahan yang unik atau istimewa untuk menonjolkan diri mereka sebagai seorang finalis. Tetapi saya rasa kita masih menunggu lagi satu persembahan yang memukau, satu persembahan yang mantap dan hebat. Jadi saya rasa banyak lagi ruang untuk mereka perbaiki diri sebenarnya,” jelas Hady.
Satu lagi aspek yang dianggap penting oleh Hady ialah pemilihan lagu.
Baginya, lagu yang tepat bukan sahaja perlu sesuai dengan seseorang penyanyi, malah mampu membantu menghasilkan persembahan yang meninggalkan kesan kepada penonton.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.