Antony Blinken bertemu PM Wong semasa lawatan rasmi ke SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Lawrence Wong)
SINGAPURA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken bertemu Perdana Menteri Lawrence Wong pada Rabu (31 Jul) semasa lawatannya ke Singapura.
Encik Blinken dan Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, bertemu di Istana pada hari kedua lawatan rasminya.
"Saya mengadakan pertemuan yang baik bersama Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken hari ini," tulis Encik Wong dalam catatan di Facebook sejurus pertemuan itu.
"Hubungan dua hala kami berada dalam keadaan baik."
Dalam catatan tersebut, Encik Wong menekankan hubungan antara Singapura dengan Amerika, dan bagaimana ia kini lebih mendalam.
"Kami mempunyai hubungan yang kukuh dalam pelbagai bidang, daripada ekonomi sehingga pertahanan dan keselamatan. Sebagai contoh, Amerika adalah pelabur terbesar di Singapura, dengan hampir 6,000 syarikat Amerika berpangkalan di sini, mencipta banyak pekerjaan bagi rakyat Singapura," katanya.
"Kami sedang meluaskan kejasama ke bidang baharu, termasuk teknologi baru muncul seperti AI (Kecerdasan Buatan), serta tenaga nuklear awam (supaya kami boleh menjejaki teknologi baharu dan menliai kemungkinan teknologi pada masa depan buat Singapura dengan lebih baik)."
Encik Wong menambah bahawa beliau gembira bahawa Amerika "kekal komited untuk terus berinteraksi dengan Asia Tenggara" meskipun ia "perlu menangani pelbagai perkara di merata dunia".
"Saya berharap untuk terus mengukuhkan kerjasama dengan Amerika, melalui hubungan dua hala dan dengan ASEAN," kata Encik Wong.
Pada Rabu, Encik Blinken juga bertemu Menteri Kanan Lee Hsien Loong dan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan.
Encik Blinken dan Dr Balakrishnan memeterai perjanjiaan kerjasama tenaga nuklear awam, yang juga dikenali sebagai "Perjanjian 123".

Encik Blinken memulakan lawatan ke enam negara Asia pada 25 Julai dengan Laos, Filipina, Vietnam, Jepun dan Mongolia disertakan dalam jadual perjalanannya.
Beliau akan menamatkan lawatannya pada 3 Ogos.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.