Skip to main content

Singapura

Anticimex tolak dakwaan tidak bertindak wajar bagi insiden ular di Tang Plaza

Tiada unsur niat jahat atau kekejaman terhadap ular yang ditemui di luar Tang Plaza ketika para kakitangan mencuba untuk menangkapnya, menurut syarikat kawalan haiwan perosak, Anticimex, selepas AVA mengesahkan ia sedang menyiasat dakwaan bahawa haiwan itu diperlakukan dengan kasar.

Anggaran Waktu Membaca:
Anticimex tolak dakwaan tidak bertindak wajar bagi insiden ular di Tang Plaza

Kakitangan Anticimex yang cedera semasa insiden itu. (Gambar-gambar: Anticimex)

Diterbitkan : 01 Feb 2019 08:59AM Dikemas Kini : 01 Feb 2019 09:08AM

SINGAPURA: Tiada unsur niat jahat atau kekejaman terhadap ular yang ditemui di luar Tang Plaza ketika para kakitangan mencuba untuk menangkapnya, menurut syarikat kawalan haiwan perosak, Anticimex, selepas Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) mengesahkan ia sedang menyiasat dakwaan bahawa haiwan itu diperlakukan dengan kasar.

AVA mengumumkan pada Selasa (29 Jan) bahawa ia sedang menyiasat kes tersebut selepas video menunjukkan seorang kakitangan Anticimex memijak seekor ular sawa yang panjangnya tiga meter, ketika sedang mencuba menangkap reptilia yang sedang bergelut itu.

Penguasa itu sebelumnya menyatakan: "Kekejaman terhadap haiwan adalah satu kesalahan di bawah Akta Haiwan dan Burung. AVA sudah mengeluarkan satu set garis panduan tentang cara menangani ular kepada semua agensi kawalan serangga dan haiwan perosak dan pengurusan hidupan liar di Singapura."

Syarikat Anticimex memberitahu Mediacorp bahawa para kakitangannya "cuba sedaya upaya untuk memindahkan dengan selamat seekor ular yang sangat besar dari tempat awam".

"Menggunakan kaki atau tangan tidak mempunyai sebarang perbezaan apabila sedang mencuba mengawal haiwan yang sangat kuat. Malah, kaki manusia lebih kuat daripada tangan bagi tujuan ini," kata Pengarah Pengurusan dan Presiden Anticimex, Asia, Encik Tony Hurst.

Beliau menambah, kakitangannya menggunakan apa cara pun untuk menangkap ular itu kerana, jika mereka gagal, ia akan "berakhir dengan akibat yang sangat buruk" terutama sekali di kawasan-kawasan sesak seperti di Tang Plaza, yang terletak di Orchard Road.

"Mereka perlu bertindak pantas dalam situasi genting itu," katanya. "Kami mengutamakan keselamatan orang awam."

"Jika mereka ragu-ragu untuk mengambil tindakan dalam situasi seperti ini, ia boleh menyebabkan satu tragedi berlaku. Jadi kami bersyukur kakitangan kami bertindak pantas dan sewajarnya," tambah Encik Hurst.

Related article image

Video yang tular di wadah online juga menunjukkan seorang lelaki yang memijak haiwan itu dipatuk ular tersebut.

Anticimex menyatakan bahawa teknisyen kawalan haiwan perosak terlibat dalam insiden itu sedang beransur pulih selepas menjalani pembedahan kecil untuk membuang gigi ular yang terbenam.

"Meskipun teknisyen kami dipatuk, tiada unsur niat jahat atau kekejaman terhadap haiwan itu. Kakitangan bertugas hanya ingin menangkapnya dan mengelak sebarang insiden malang," tambah Encik Hurst. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita