Skip to main content

Singapura

Antibodi Zika ciptaan syarikat S'pura jalani ujian manusia

Satu antibodi Zika yang dinamakan Tyizumab kini sudah siap untuk percubaan manusia hanya sembilan bulan selepas ia dibangunkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Antibodi Zika ciptaan syarikat S'pura jalani ujian manusia

Profesor Ooi Eng Eong, salah seorang pengasas Tychan. (Gambar: Tychan)

Diterbitkan : 07 Feb 2018 09:54PM Dikemas Kini : 07 Feb 2018 09:58PM

SINGAPURA: Satu antibodi Zika yang dinamakan Tyizumab kini sudah siap untuk percubaan manusia hanya sembilan bulan selepas ia dibangunkan.

Demikian diumumkan Tychan iaitu sebuah syarikat bioteknologi peringkat klinik Singapura.

Tyzivumab disasarkan kepada protin virus Zika untuk menghentikannya daripada bergabung dengan sel-sel lain dan membiak. Ia dibuktikan selamat dan efektif digunakan ke atas haiwan, menurut Tychan dalam satu kenyataan media hari ini (7 Feb).

Antibodi tersebut akan diberikan kepada manusia pertama esok (8 Feb) selepas diluluskan Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA).

Seramai 24 sukarelawan akan menyertai Fasa 1a percubaan klinikal itu, menurut Tychan yang menambah bahawa akan terdapat dua lagi fasa sebelum antibodi itu boleh diberikan kepada para pesakit.

Menurut Tychan, ia berjaya mencipta antibodi Zika bagi percubaan manusia dalam tempoh hanya sembilan bulan dengan memanfaatkan platform yang menggabungkan pembangunan ubat tersebut dengan proses pembuatan biologinya.

Platform tersebut diasaskan oleh Profesor Ram Sasisekharan dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT)/ Perikatan Singapore MIT bagi Kajian dan Teknologi (SMART) dan Profesor Ooi Eng Eong dari Duke-Universiti Nasional Singapura (Duke-NUS). 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita