Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Antara 4 hingga 7 jam untuk masuk Johor meski belum cuti sekolah Sep

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Sep 2022 05:13PM Dikemas Kini : 04 Sep 2022 10:16PM

SINGAPURA: Kesesakan Koswe menuju ke seberang Tambak menarik perhatian warga net baru-baru ini, dengan deretan kenderaan dapat dilihat walaupun di luar waktu sibuk. 

Sekalipun cuti sekolah September belum bermula lagi, ramai tidak menyangka terpaksa tunggu sehingga tujuh jam. 

Warga net mengeluh - seluruh perjalanan sehingga lepas kastam masuk ke Johor - antara empat hingga tujuh jam!

"5 jam?? Jika terbang ke KL dan selepas itu tukar bas ke JB, mungkin sampai lebih cepat," luah seorang warga net. 

Menurut perkongsian seorang lagi warga net, beliau berkata: "Wah, saya sangat geram kerana minggu lalu pun sama! Barisan tidak bergerak beberapa jam. Sempat saya tidur. Apabila sedar, masih belum berganjak."

Tular di media sosial juga warga net yang berkongsi cara mereka meluangkan masa menunggu itu.
   
Ada yang memilih untuk baca buku, 
berpiknik, bahkan sempat rakam tunjuk cara bersolek.

"Wah, pada awalnya saya ingatkan ini konsert," balas seorang warga net. 

Ada juga yang mengongsi cara untuk elak ke tandas. 

"Kalau nak tempuh sesak sesak ni, tolonglah jangan minum air sebelum ke checkpoint. Muka boleh membiru tahan nak terkucil," kata seorang warga net yang membuat ramai tergelak. 

"Kalau saya pula, dah patah balik ke rumah."

Namun, ada juga yang berkata kesesakan seperti ini sudah lama berlaku sebelum COVID dulu.

"Nak kerja di Singapura? Ini perkara biasa...lebih 10 tahun saya sudah laluinya," ujar seorang pekerja asing.

Melihat keadaan di Koswe, ramai yang akan elak melakukan perjalanan ke Malaysia melalui Koswe buat masa ini. 

"Ramai sangat orang. Buat apa pergi, sengaja cari kerja," kata seorang lagi warga net. 

Malah, ada juga yang melihatnya dari sudut positif dan berkata, "Jangan merungut. Sudah bagus tu sekarang boleh ke luar negara." 

Trafik sesak dijangka berterusan sepanjang  minggu cuti sekolah September ini.

Anda masih mahu cuba ke seberang Koswe? 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan