Skip to main content

Singapura

Anjur perkahwinan di dewan jamuan dijangka lebih mahal sedang hotel bergelut inflasi, kenaikan kos

Anggaran Waktu Membaca:
Anjur perkahwinan di dewan jamuan dijangka lebih mahal sedang hotel bergelut inflasi, kenaikan kos
Diterbitkan : 28 Dec 2022 09:54AM

SINGAPURA: Bakal mempelai kini mungkin perlu berbelanja lebih untuk mengadakan majlis perkahwinan di hotel. 

Sesetengah hotel menyatakan pihaknya akan menaikkan harga sehingga 10 peratus untuk menangani kadar inflasi yang tinggi serta kenaikan kos buruh dan bahan mentah. 

Meskipun lebih mahal, permintaan untuk mengadakan majlis perkahwinan di hotel kekal kukuh. Pasangan yang memilih untuk melangsungkan majlis mereka di hotel mendorong permintaan bagi dewan jamuan sejak sekatan sosial COVID-19 dilonggarkan pada pertengahan tahun ini. 

PERMINTAAN KUKUH BAGI DEWAN HOTEL

Beberapa hotel memberitahu Mediacorp bahawa tempahan untuk dewannya sudah melonjak sekurang-kurangnya 30 peratus ekoran pelonggaran langkah-langkah COVID-19. 

One Farrer Hotel menyatakan ia menyaksikan tempahan hampir 70 peratus pada hujung minggu bagi majlis perkahwinan untuk hampir seluruh tahun depan. Sesetengah tempat turut menerima pertanyaan mengenai majlis perkahwinan pada 2024. 

Namun, terdapat juga trend di mana pasangan memilih dewan jamuan lebih kecil, khususnya pasangan muda yang ingin berjimat.

"Sebelum ini, kami menyaksikan sekitar sehingga 300 tetamu, tetapi kini, sudah merosot mungkin sebanyak 30 peratus kepada antara 50 hingga 100 tetamu," kata Pengurus Perhubungan Pemasaran Parkroyal on Beach, Cik Linda Huh. 

Sekalipun demikian, memenuhi permintaan bagi bilik tetamu yang lebih kecil tetap satu cabaran bagi sesetengah tempat.

INDUSTRI PERHOTELAN HADAPI KEKURANGAN TENAGA KERJA

Ini sedang industri perhotelan berdepan kekurangan tenaga manusia, dengan sebilangan hotel bergelut untuk menarik bakat bagi memenuhi permintaan yang melonjak bagi majlis perkahwinan. 

Tenaga pekerja sudah lama merupakan isu bagi industri perhotelan, kata Cik Charlene Hendricks, Pemangku Pengarah Penjualan Katering di ONE15 Marina Club. 

"Sekitar 10 hingga 20 peratus kakitangan kami sudah meninggalkan industri dan mereka tidak kembali. Oleh itu, dengan kenaikan jumlah majlis perkahwinan dan acara secara amnya, kami sedang mencari pekerja untuk mengisi tempat kosong." 

Kekurangan tenaga kerja hanya salah satu daripada faktor yang mendorong kenaikan harga dewan jamuan, dengan hotel mempertimbangkan untuk menyalurkan kos kepada mereka yang menempah dewan jamuan.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita