Skip to main content

Singapura

Anjing liar dilihat kejar lelaki berlari-lari anak di Pasir Ris akan ditangkap dan dikembiri: AVS

Anggaran Waktu Membaca:
Anjing liar dilihat kejar lelaki berlari-lari anak di Pasir Ris akan ditangkap dan dikembiri: AVS

Tular sebuah video di TikTok, menunjukkan seorang lelaki yang sedang berlari-lari anak, memecut lari sedang lima ekor anjing menyalak lalu mengejarnya di Pasir Ris Drive 3 pada Sabtu lalu. (Tangkapan skrin: TikTok/Garygaryocp)

Diterbitkan : 07 Nov 2023 08:06PM Dikemas Kini : 07 Nov 2023 08:07PM
SINGAPURA: Kumpulan anjing liar di Pasir Ris akan dijerat dan dikembirikan oleh Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, pengarah kumpulan bagi pengurusan haiwan masyarakat AVS, Dr Chang Siow Foong, berkata pada Selasa (7 Nov) bahawa pihaknya sedia maklum mengenai kejadian, di mana sekumpulan anjing liar, dilihat mengejar seorang lelaki yang sedang berlari-lari anak di Pasir Ris Drive 3 pada Sabtu lalu.

Dalam satu video yang tular di TikTok, seorang lelaki dilihat sedang berlari-lari anak sebelum dia memecut lari dengan dikejar sekurang-kurangnya lima ekor anjing.


"Kami sedang giat menjerat dan memantau kawasan itu," jelas Dr Chang.

"Apabila anjing-anjing itu ditangkap, ia akan diuruskan sebagai sebahagian daripada program 'Perangkap-Kembiri-Cari Rumah Baharu/Lepaskan Secara Terurus (TNRM)."

Menurut Dr Chang, program tersebut melibatkan langkah "menangkap (anjing liar) secara berperikemanusiaan" dan menempatkan semula sebanyak mungkin anjing yang telah dikembirikan.

Beliau menambah bahawa anjing yang tidak dapat ditempatkan semula, akan dilepaskan di lokasi yang sesuai, jauh dari estet perumahan untuk mereka menjalani kehidupan secara semula jadi.

Sejak pelancaran program TNRM pada 2018, lebih 3,900 anjing liar telah ditangkap dengan lebih 60 peratus berjaya ditempatkan semula atau dipelihara.

itu itu adalah yang terbaru membabitkan anjing liar tahun ini. Pada 8 Sep, AVS menangkap dua ekor anjing yang dipercayai telah membunuh berpuluh-puluh ekor kucing dan berkelakuan agresif terhadap penduduk di beberapa kawasan.


Apabila berhadapan dengan anjing liar, orang ramai dinasihatkan untuk tidak bertentang mata dengan haiwan itu dan bertutur dengan nada perlahan. Mereka juga harus beredar dengan perlahan tanpa membuat sebarang pergerakan mengejutkan.


Jika mereka perlukan bantuan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Tindak Balas Haiwan, yang beroperasi 24 jam, di talian 1800-476-1600 atau hubungi AVS.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita