Animal Lovers League hentikan pengambilan haiwan baharu, kecilkan operasi ekoran masalah dana
Kumpulan kebajikan haiwan Animal Lovers League (ALL) akan berhenti mengambil haiwan baharu dan mengurangkan operasinya supaya ia terus mampan dari segi kewangan, kata pengasasnya Mohan Div Sreedharan pada Rabu (10 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kumpulan kebajikan haiwan Animal Lovers League (ALL) akan berhenti mengambil haiwan baharu dan mengurangkan operasinya supaya ia terus mampan dari segi kewangan, kata pengasasnya Mohan Div Sreedharan pada Rabu (10 Dis).
Menurut beliau, kumpulan itu – salah sebuah tempat perlindungan haiwan terbesar di Singapura – bergelut dengan kos pembiayaan selama bertahun-tahun, dan keadaan bertambah teruk berikutan pandemik COVID-19.
Keputusan untuk mengurangkan operasi itu dibuat menyusuli berita bahawa ALL kehilangan pajakan sewanya di The Animal Lodge di Sungei Tengah. Pihak berkuasa mengumumkan langkah tersebut pada Isnin, dengan menyatakan isu kebajikan haiwan sebagai puncanya.
Pertubuhan itu juga berhutang sewa selama 53 bulan kepada Khidmat Haiwan dan Veterinar (AVS), sebuah agensi di bawah Lembaga Taman Negara (NParks) yang mengendalikan tempat tersebut.
MENTERI GESA MASYARAKAT UNTUK BERSIKAP MEMAHAMI
Bercakap kepada para wartawan sebelum bertemu dengan para pengasas kumpulan tersebut, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara K Shanmugam berkata beliau sudah mengenali Encik Mohan sekurang-kurangnya selama 15 tahun.
“Mereka mempunyai satu pasukan dengan kira-kira 10 orang relawan, dan beliau dan Cathy, tentu sekali, memang dikenali ramai. Mereka telah melakukan kerja yang baik,” kata beliau.
“NGO (Pertubuhan Bukan Pemerintah) beliau adalah antara segelintir, kalau bukan satu-satunya, yang menerima haiwan yang sangat tua yang tidak mungkin diambil semula sebagai haiwan peliharaan. ALL, Animal Lovers League, juga tidak percaya kepada eutanasia, jadi haiwan-haiwan itu dijaga sehingga akhir hayat mereka.”
Ini bermakna kos operasinya sangat tinggi, kata Encik Shanmugam, yang juga merupakan Menteri Ehwal Dalam Negeri.
Merujuk kepada satu catatan media sosial yang dibuatnya berhubung isu tersebut, Encik Shanmugam berkata beliau tidak menyedari ketika itu bahawa badan amal tersebut sedang disiasat.
Pejabat Pesuruhjaya Pertubuhan-Pertubuhan Amal sebelum ini menyatakan ia sedang meneliti tadbir urus dan pentadbiran Animal Lovers League, berikutan maklum balas serta dakwaan bahawa kumpulan itu “tidak mematuhi peraturan Akta Badan Amal”.
“Saya sedar bahawa walaupun saya bercakap dari sudut pandangan peribadi, ia membawa kesan yang lebih besar. Tetapi saya ingin katakan, saya memilih untuk bersuara kerana orang ramai mengkritik ALL, ramai yang bersuara, ada yang mengkritik MND dan AVS. Dan saya rasa orang ramai perlu memahami fakta-fakta sebenar,” kata Encik Shanmugam.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.