Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anggur, rumpai laut & 'ice plant': Tumbuhan unik di SG semakin meluas

Anggaran Waktu Membaca:
Anggur, rumpai laut & 'ice plant': Tumbuhan unik di SG semakin meluas

(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Singapura mungkin syurga makanan namun hasil tanaman tempatan tidak selalunya dihidangkan.

Lagi pun, pulau ini mengimport 90 peratus makanannya.

Wartawan CNA, Chew Hui Min menjelajah ke The Local Farm Bistro, sebuah kafe di kawasan luar bandar Kranji.

Di sana, beliau memesan sayur-sayuran, telur dan ikan dari ladang tempatan.

Bahan utama dalam hidangan utama di sana adalah dua potong ikan merah tebal yang digoreng dari The Fish Farmer, iaitu sebuah ladang ternakan ikan yang sudah bertapak.

Hidangan pembuka selera adalah salada campur dari ladang bandar Sustenir dan telur puyuh dari Ladang Lian Wah Hang. Ia merupakan satu-satunya ladang telur puyuh di Singapura.
(Gambar: CNA/Chew Hui Min)
Adakah lebih banyak tanaman yang berlainan akan ditawarkan pada masa hadapan sedang Singapura mengorak langkah untuk lebih berdikari dalam pengeluaran makanan?

Untuk mencari jawapan, wartawan mengunjungi makmal dan kawasan perindustrian, di mana sayur-sayuran dan anggur tumbuh subur di bawah lampu pendarfluor dan di "kelong generasi akan datang".

'ICE PLANT': SAYURAN 'COOL'

Terletak di rak yang kemas di ladang tertutup Artisan Green, 'ice plant' mempunyai daun yang berkilauan di bawah lampu.
(Gambar: CNA/Sutrisno Foo)

Berasal dari Afrika Selatan, 'ice plant' tidak dijual secara meluas tetapi yang ditanam secara tempatan kini boleh didapati online.

Rasa masin tanaman itu disebabkan ia tumbuh berhampiran dengan laut.

Encik Ray Poh, pengasas Artisan Green, berkata 'ice plant' adalah sejenis tanaman baru yang mereka sedang cuba bangunkan bersama dengan 'oyster leaf' - iaitu sejenis tumbuhan yang dipanggil "tiram vegan" oleh para cef.

Artisan Green sedang menyelidik tanaman yang berbeza kerana ia sedang membina ladang baru yang 18 kali ganda lebih besar, kata Encik Poh.

Artisan Green. (Gambar: Sutrisno Foo)
Ladang itu sedang meneroka tanaman yang khas kerana ingin memenuhi industri perkhidmatan makanan dan bekalan ke hotel, restoran dan kafe.

"Kami sedar 'ice plant' adalah sesuatu yang menarik untuk digunakan oleh cef. Itulah sebabnya kami mula menanamnya. Kami mempunyai cadangan untuk menanam lebih banyak tanaman lain di ladang baru kami."

ANGGUR MINI

Anggur mini lebih kecil berbanding anggur biasa namun lebih berperisa, berair dan sedikit masam.

Setiap buah sebesar satu diameter dan sejambak anggur lebih kecil dari saiz tapak tangan.
(Gambar: Hanidah Amin)
Archisen, yang terkenal dengan aneka daun salada "Just Produce" juga semakin meluas dan menghasilkan sayur-sayuran tempatan serta buah-buahan seperti anggur.

Encik Lim Jia Hui, ketua saintis di ladang itu sudah menjaga tanaman anggur selama tiga tahun.
(Gambar: Hanidah Amin)

Semasa menjelaskan cabaran menjaga pokok anggur itu, Encik Lim berkata ia lebih mudah untuk menanam sayur-sayuran kerana kitaran tanaman lebih pendek, tetapi untuk menanam pokok anggur mini, ia mengambil masa sehingga lapan bulan dan tiga tahun untuk matang.

Banyak penyelidikan perlu dilakukan untuk menanam buah sebelum ia mula dijual di pasar raya. Encik Lim tidak pasti bila anggur itu akan sedia untuk dijual.

Dalam pada itu, Archisen sedang mengkaji tanaman hijau Asia dan pada skala yang lebih besar daripada ladang biasa. Ini termasuk bok choy dan chye sim.

PULAU RUMPAI LAUT

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Stemcell United, Philip Gu, memasukkan tanggannya ke dalam jaring dan menggenggam seekor udang karang.

Beliau turut menyuruh wartawan menarik tali tebal yang dipenuhi dengan kupang, yang memakan hasil utama ladang itu - iaitu rumpai laut.

(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)
Prototaip "kelong generasi akan datang" itu adalah contoh akuakultur berbilang tropika, bentuk pertanian mampan yang menggunakan hasil sampingan satu spesies untuk membesar atau memberi makan kepada yang lain.

"Kupang minum air laut untuk membesar; udang karang makan kupang … dan kemudiannya...najis udang karang dan kupang di dasar laut akan dimakan oleh timun laut," jelas Encik Gu.
(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)
"Jadi ia benar-benar 100 peratus bekalan tempatan, 100 peratus mampan dan 100 peratus makanan yang ditanam Singapura.”

Langkah seterusnya adalah untuk menggunakan teknologi untuk mengubah ladang itu menjadi kelong "pintar" dengan menggunakan "Internet of Things" untuk memantau pertumbuhan di dalam laut.

Beliau berpendapat bahawa menanam "tanaman laut" adalah salah satu cara Singapura boleh mengembangkan pengeluaran makanannya kerana hanya satu peratus daripada tanah Singapura digunakan untuk pertanian, tetapi terdapat lebih banyak ruang di laut.

StemCell United mahu membina 100 pulau rumpai laut atau kelong di Singapura, dan 1,000 di seluruh dunia, kata Encik Gu.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan