Skip to main content

Singapura

Anggota sindiket judi dijel 2 tahun, didenda S$50,000

Seorang 'ejen' perjudian yang mengambil pertaruhan haram bernilai sehingga S$640,000 sepanjang empat tahun, dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan didenda S$50,000 hari ini (27 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota sindiket judi dijel 2 tahun, didenda S$50,000

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 05:21PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 05:24PM

SINGAPURA: Seorang 'ejen' perjudian yang mengambil pertaruhan haram bernilai sehingga S$640,000 sepanjang empat tahun, dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan didenda S$50,000 hari ini (27 Jun).

Dia merupakan individu pertama yang dijatuhi hukuman bagi kesalahan di bawah Akta Jenayah Terancang.

Awal bulan ini, Or Poh Soon, 55 tahun, seorang rakyat Singapura, mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah undang-undang tersebut yang berkuat kuasa pada Jun 2016.

Dia adalah salah seorang daripada enam anggota kumpulan jenayah tersusun yang didapati bersalah November tahun lalu di bawah undang-undang berkenaan, yang disasarkan kepada sindiket-sindiket jenayah.

Awal bulan ini, mahkamah diberitahu bahawa pada 2012, Or, yang ketika itu bekerja sebagai pembekal suratkhabar, diambil bekerja oleh Lean Kay Chong, salah seorang daripada tiga ketua kumpulan tersebut.

Lean memberitahu Or yang mendapat gaji $50 sehari, bahawa dia boleh memperolehi pendapatan tambahan dengan bekerja sebagai ejen perjudian haram di bawahnya dengan mengumpul pertaruhan 4D dan Toto.

Or mula bekerja dengan Lean pada Januari 2013 dan sejak itu dia mendapatkan sekurang-kurangnya 20 individu yang membuat petaruhan judi 4D dan Toto menerusinya. Mereka akan menelefon atau mengirim pesanan kepada telefon bimbitnya untuk membuat pertaruhan. Or kemudian akan mengumpulkannya dan menghantar pesanan kepada Lean.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa dalam tempoh sehingga dia ditangkap pada November 2016, Or meraih sehingga S$62,000 dalam bentuk komisyen.

Atas kesalahan di bawah Akta Jenayah Terancang, dia boleh didenda sehingga S$100,000, dihukum penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Di bawah Akta Perjudian dan Akta Rumah Judi, dia boleh didenda antara S$20,000 dengan S$200,000, dihukum penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya. Kes-kes yang membabitkan anggota sindiket itu sedang dijalankan. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita