Skip to main content

Singapura

Anggota SAF meninggal dunia, ditemui tidak sedarkan diri di kolam renang Kem Hendon

Seorang anggota tetap Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kolam renang Kem Hendon, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan media pada Sabtu (9 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota SAF meninggal dunia, ditemui tidak sedarkan diri di kolam renang Kem Hendon

Gambar fail yang menunjukkan pakaian seragam tentera darat Singapura. (Gambar fail: CNA/Calvin Oh)

SINGAPURA: Seorang anggota tetap Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kolam renang Kem Hendon, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan media pada Sabtu (9 Ogos).

Mendiang ditemui pada Sabtu pukul 7.15 pagi, dan dipercayai berlatih secara bersendirian, tambah Mindef.

“CPR dan AED diberikan dengan segera. Polis Singapura dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura diaktifkan, dan anggota tersebut dibawa ke Hospital Besar Changi menggunakan ambulans SCDF,” menurut kenyataan itu.

“Usaha menyelamat diteruskan dalam perjalanan dan sebaik sahaja tiba di Hospital Besar Changi. Namun, walaupun usaha menyelamatkan nyawa dijalankan, beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 7.44 pagi.

“Kementerian Pertahanan dan SAF merakamkan ucapan takziah sedalam-dalamnya kepada keluarga anggota yang meninggal dunia itu.”

Mindef menyatakan bahawa ia sedang memberikan bantuan kepada keluarga tersebut.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita