Anggota & relawan perintis Majlis Pusat kecewa dan hampa atas pembubarannya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: 'Mengejutkan' dan 'mengecewakan' - itulah antara keluhan hati sebilangan anggota dan sukarelawan perintis Majlis Pusat Singapura (MPS) menyusuli pembubaran badan tersebut.
Selepas lebih 55 tahun, MPS kini tiada lagi setelah diberikan notis Perintah Mahkamah untuk menghentikan operasinya menyusuli satu pertikaian melibatkan pusat tajakanya 'Little-Beez Playschool'.

Antara individu yang cukup terkesan dengan khabar tersebut ialah mantan Setiausaha Penerangan dan Penerbitan badan sukarela masyarakat itu, Borhan Saini.
Meskipun sedang berada di tanah suci untuk menunaikan haji pada ketika ini, berita penutupan itu sedikit sebanyak menjejas emosinya.
"Saya berasa hampa kerana MPS ini sebuah badan yang mana ketika waktu dahulu itu sebuah badan yang diagungkan oleh masyarakat Melayu yang mana diterajui oleh 40, 50 badan kerabat menganggotainya.
"Inilah sesuatu yang mengejutkan saya yang mana begitu kecewalah saya ini MPS terpaksa ditutup," kata Encik Borhan, yang aktif bersama MPS sehingga 2012.
Dalam wawancara melalui Zoom bersama wartawan Syawal Yusoff, Encik Borhan, 63 tahun berkongsi beliau mula terlibat dengan MPS ketika badan tersebut baru ditubuhkan, seawal tahun 70an.
MPS ditubuhkan pada tahun 1969.
"Saya mengikuti Almarhum Setiausaha Agung MPS Haji Juri Wari, yang mana juga menjadi guru waktu saya di sekolah menengah. Selepas itu beliau membawa saya ke MPS menjadi anggota Majlis Tertinggi MPS sehinggalah saya dilantik menjadi Pengerusi Jabatan Belia MPS dan Timbalan Setiausaha Agung. Jawatan terakhir saya adalah sebagai Setiausaha Penerangan dan Penerbitan Majlis Pusat," tambahnya.

USAHA MPS SANTUNI MASYARAKAT DAPAT PERHATIAN PARA PEMIMPIN DALAM & LUAR NEGARA
Sepanjang penglibatannya lebih tiga dekad dalam MPS, banyak kenangan yang terpahat dalam ingatannya.
Menerusi penglibatannya juga, Encik Borhan berpeluang meluaskan rangkaian kenalannya untuk mengusahakan pelbagai program bagi memartabatkan lagi status masyarakat Melayu.
"Ia satu pengalaman yang begitu indah yang mana saya dapat menyelaraskan beberapa kegiatan kesenian, kebudayaan, kemasyarakatan, pendidikan, belia dan banyak lagi kegiatan-kegiatan yang merangkumi masyarakat Melayu terutamanya isu-isu yang bersangkut paut dengan masyarakat Melayu yang mana MPS berperanan penting dalam memberikan maklum balas kepada pihak pemerintah.

"Itu yang membuat saya banyak kenalan dengan pemimpin negara, masyarakat Melayu, masyarakat bukan Melayu dan juga masyarakat dalam dan luar negara yang memberikan kesempatan kepada saya mengenali lebih ramai bagaimana untuk menyambung silaturahim antara Singapura dengan negara lainnya," ujarnya yang kini terlibat dalam bidang perundingan halal.
Meskipun sudah lebih 10 tahun meninggalkan MPS, Encik Borhan mengenang usaha-usaha MPS terutama dalam mendekati golongan belia.
"Pernah sekali saya membuat satu majlis dialog dengan mantan Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang mana melibatkan para belia ketika itu berkesempatan dan menyuarakan kepentingan kepentingan ataupun hasrat belia-belia Melayu Islam ketika itu," katanya.

Bukan sekadar masyarakat tempatan sahaja, beberapa usaha MPS dalam melestarikan budaya Melayu menurut Encik Borhan turut mendapat perhatian tokoh-tokoh kenamaan dari luar negara.
Encik Borhan berkata: "Pesta Budaya Melayu telah mendapat sokongan dan kunjungan bukan sahaja daripada masyarakat Melayu tetapi kunjungan daripada pemimpin-pemimpin atau masyarakat luar negara seperti Sultanah Johor, pemimpin dari negara jiran turut serta melihat bagaimana masyarakat Melayu di Singapura memelihara kesenian budaya Melayu di negara kita ini."
TERPUTUS KESINAMBUNGAN DALAM PEMBANGUNAN SEJARAH MELAYU
Turut berdukacita dan berasa sebak dengan penutupan MPS ialah ahli pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura, Raman Daud.
Semasa menyandang beberapa jawatan di MPS daripada 1980 sehingga jawatan terakhirnya selaku Penasihat Kongres Nilam dan Perunding Cara MPS sehingga 2012, MPS telah banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat.
"Bakti terbesar MPS ialah memupuk keyakinan orang Melayu untuk bangkit daripada kedaifan atau sindrom minoriti sesudah perpisahan daripada Malaysia.
"(Contoh) Perpaduan sesama Melayu menerusi pelbagai dialog dan kegiatannya. Untuk Pameran Pesta Budaya 1983, MPS dapatkan percuma artifak untuk dipinjamkan bagi pameran seminggu di seluruh dewan Muzium Negara. Untuk perpaduan kebangsaan, MPS bersama dalam Majlis Perkhidmatan Masyarakat dan adakan dialog silang agama dengan badan-badan bukan Islam," kongsi Encik Raman dalam jawapan bertulis kepada BERITA Mediacorp.
Lebih menyedihkan lagi bagi beliau, penutupan MPS ibarat berakhirnya sebuah era dalam memperjuangkan kemajuan masyarakat Melayu di Singapura.
Encik Raman menggambarkannya sebagai "terputus kesinambungan dalam sejarah, warisan dan yakin diri."

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.